Di beritakan bahawa sahabat kita iaitu saudara Azli Bek di timpa penyakit ( tidak pasti sakit apa ) dan baru sahaja selamat di bedah di KPJ Selangor Specialist Medical Centre Shah Alam. Alhamdullillah semua berjalan lancar.
Memanglah tidak ada orang yang ingin ditimpa sakit atau penyakit. Namun begitu, ternyata ada maksud yang tertentu daripada Allah atas penyakit yang dideritai hamba-Nya. Semoga sahabat kita Azli Bek tabah dan reda bertarung derita mengharungi cabaran ujian. Buat sahabat-sahabat sealiran marilah kita berdoa agar saudara Azli Bek cepat sembuh seperti sedia kala. Amin.... #BersahabatMelaluiDart
|
No comments:
Post a Comment