Sila Hubungi 019-2070 466 Jika Tuan/ Puan Memerlukan Perkhidmatan :- Sewaan DartBoard Stand | Khidmat Chalker @ Umpire | Pengelola Pertandingan | Perundingan Kejurulatihan | Pengiklanan Secara Atas Talian. Kami Sedia Membantu !!!

26 February 2015

BERSAHABAT MELALUI DART

Tujuan posting ini bukanlah untuk membangga ataupun memburukan sesuatu perkara. Bagi Amindarts posting kali ini umpama berkongsi perkara-perkara yang baik yang patut kita tahu selain daripada bermain dart. Perkongsian perkara modal insan seperti ini harap dapat di ikuti juga oleh follower blog Amindarts.

Alhamdulillah...kata-kata Tuan Nan Compressor yang selalu digunakan didalam group whatsapp PDCkajang telah diguna pakai @ ciplak oleh Amindarts untuk berkarya demi sukan dart telah membuatkan hati sahabat sealiran terbuka untuk memberi dart Unicorn Adrian Lewis secara percuma kepada sifu Jsham

Pada mulanya dart tersebut hendak dijual ( Iklan di Mudah.my ) akan tetapi setelah sesi borak-borak di antara brader Kamal & sifu Jsham ( lihat gambar ) dan mungkin atas semangat kesukanan, kecintaan kepada arena dart, brader Kamal secara sukarela memberi dart beliau secara percuma. 

Untuk makluman korang, dart Unicorn Adrian Lewis ini tergolong didalam  dart rare yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

Tak percaya ? cer korang try search dan kaji pasal dart ini. Kepada sifu Jsham, tahniah diucapkan daripada Amindarts. Buat brader kamal pulak, yang kaler gold tu kalo terbuka hati meh kasi kat Amindarts ni. bhahaha #BersahabatMelaluiDart




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...