19 April 2017

PERKONGSIAN ILMU OLEH NASIR BOMBA

INFO DARI NASIR BOMBA

19 April 2017 : Selamat sejahtera semua rakan² saya. Hari ni saya nak kongsikan tentang tekanan. Tekanan adalah musuh bagi setiap pemain, tidak kiralah apa permainan pun semua akan merasainya, sesetengah tunduk akannya, sesetengah menghiraukannya, sesetengah mengambil nya sebagai cara untuk menang atau maju. Tiga (3) benda yang dapat membantu pemain dart dalam menangani tekanan ialah pertama ialah FOKUS, KEYAKINAN DAN PENGALAMAN.

FOKUS bukan sahaja semata2 memberi perhatian . Fokus adalah menyingkirkan konsentrasi daripada 1 atau 2 benda yg spesifik. Menjadi peka kepada kawasan sekeliling. Jgn fokus kepada lawan, jagan fokus kepada muzik, dan jangan fokus kepada dart di tangan
anda. Gementar akan menggangu anda, jangan fikir untuk menang atau kalah. Benda yang anda kena fokus adalah target yang ada aim/bidik. Tiada yg lain kecuali target yg anda nak bidik. Ia sudah mencukupi untuk membidik T20 atau D16. Jangan menyukarkan fokus anda dengan memberikan perhatian kepada gangguan lain.

Kedua, KEYAKINAN adalah kunci dalam menangani tekanan. Keyakinan adalah mudah seperti meyakinkan diri anda untuk mengenakan target yang anda telah aim. Fikiran seperti tidak mengenakan target seharusnya tidak wujud dalam fikiran anda, tidak kiralah dalam apa situasi sekali pun.

Begitu juga dengan PENGALAMAN, anda boleh baca dan belajar tentang psikologi sukan dan hal² berkaitan dengan dart. Tetapi jika kamu tidak bermain dalam keadaan tertekan anda tidak akan berlajar apa², semua yg di baca dan di pelajari akan menjadi sia².

Untuk merasakan keselesaan dalam keadaan yang tertekan anda kena mengalaminya berkali². Mungkin buat pertama kali anda mungkin akan terkejut dan tersasar daripada sasaran dengan teruk. Tapi sekali anda telah berada dalam keadaan "do or die = buat atau mati" untuk menang perlawanan tersebut tekanan itu akan menjadi batu loncatan. Tambahan kamu akan membuktikan bahawa tekanan itu bukan lah seteruk yg kamu fikirkan.

Kelak, apabila anda berada dalam situasi tersebut anda akan menjadi lebih tenang, oleh kerana anda tenang maka awak akan menjadi lebih yakin, semakin tinggi keyakinan diri awak semakin tinggi fokus anda utk mempersembahkan kemahiran anda dan akan mendpat kemenangan untuk diri anda sendiri. Terima kasih, saya sayang anda semua kawan²ku.. teruskan usaha anda !

____________________________________________________________________

Penerangan yang sangat baik dari Sifu Nasir Bomba. Mungkin perkongsian ini amat berguna untuk semua darters. Syabas !




#NoDartsNoLife
#ItsAllAboutDarts
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...