21 April 2017

PENJUAL DART TEMPATAN 10 TERBAIK

Adakah anda peminat sukan DART? Adakala terasa amat susah untuk mendapatkan bekalan aksesori dart mahupun dart set yang ingin di ganti baharu. 

Kalau dahulu mungkin di negara kita ini agak susah mendapatkan aksesori pilihan kerana kekangan pembekal di kedai mahupun di media sosial. Tetapi sekarang tidak lagi, banyak pembekal aksesori yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan merancakan pembangunan industri dart negara. Ada pelbagai produk untuk Steel Tip & Soft Tip.

Pilihan di tangan anda, dengan kuasa membeli anda boleh mendapatkan aksesori terus di kedai atau pun membeli belah secara online di pasaran tempatan ataupun luar negara. Ia amat mudah !

Mungkin posting kali ini dapat membantu serba sedikit untuk anda menyelesaikan masalah tersebut. 

10 PENJUAL DART & AKSESORI TERBAIK PILIHAN AMINDARTS.....Layan !

SYARIKAT CAR N CO SDN BHD

#1. Car N Co adalah pembekal Dart dan aksesori terbesar di lembah klang. Kedai yang beralamat di Seksyen 16 Petaling Jaya Selangor ini menjadi syurga membeli belah untuk darters kerana pelbagai pilihan terdapat di sini. Jika anda ke sini, pasti anda akan di layan oleh Mr. Dass. Beliau berpengalaman luas di dalam arena dart negara. 

Keunikan di sini adalah anda dibenarkan mencuba dart set sebelum membelinya supaya anda dapat merasai kesesuaian dart yang di inginkan. Selain itu, Mr. Dass sedia membantu anda dalam pemilihan dart set atau pun pertanyaan aksesori yang sesuai untuk anda. Pertukaran mata dart boleh di buat di sini.

DR. DARTS

#2.   Dr. Darts adalah satu²nya kedai di Malaysia yang menjual dart second hand yang di import terus dari luar negara. Pelbagai jenama dart serta aksesori terdapat di sini. Kedai yang beroperasi di Taman Danau Desa, Kuala Lumpur ini menjanjikan kepuasan dalam pemilihan. Pastikan temu janji anda dengan pemilik kedai iaitu Mr. Mohan sebelum datang ke sini.

Anda boleh membuat survey barangan yang di jual oleh Dr. Darts di Instagram ataupun di FB page. Hubungi Mr. Mohan (012-2127909) untuk temujanji anda .

OMVEL MARKETING / PROMASTER

#3. Mr. Ragu pemilik Omvel Marketing/ Promaster yang beroperasi di Sentul Raya Boulevard, Kuala Lumpur menjual pelbagai jenis dart dan aksesori. Selain menjual barangan dart, di sini juga ada menyediakan ruang untuk bermain dart, latihan ataupun sewaan khas untuk aktiviti kejohanan terbuka kepada kelab, jabatan mahupun badan² korporat. Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian 019-2813418 untuk maklumat lanjut.

ATOK DART SHOP

#4.  Atok Dart Shop menjalankan operasi jualan tanpa kedai beroperasi di sekitar Putarajaya, Sepang & Nilai atau akan ke luar kawasan atas permintaan. Pelbagai jenis jenama, reka bentuk dan warna aksesori di jual oleh pembekal ini. Selain produk yang sedia ada, pembeli dibenarkan membuat 'pre order' untuk tempahan.

Yang berminat bolehlah menghubungi Encik Rafee di talian 013-864 1320. Perkhidmatan jualan beliau sangat terbaik.

FAIZAL @ FZDA

#5.  Bagi darters yang sudah lama di dalam arena dart negara, nama Faizal bukan asing lagi di dalam arena ini kerana beliau adalah pembekal dart dan aksesori yang sentiasa ada di mana jua kejohanan berlangsung. FDZA beroperasi di sekitar KL dan akan ke luar kawasan atas permintaan.

Pelbagai jenis jenama, reka bentuk dan warna aksesori di jual oleh pembekal ini. Selain produk yang sedia ada, pembeli dibenarkan membuat 'pre order' untuk tempahan. Sila hubungi 017-555 9177 untuk pembelian atau pun tempahan

JPOWER DARTS STORE

#6.  Jpower Dart Store rakan blogger Amindarts yang menjalankan perniagaan atas talian. Telah lama beroperasi di dalam media sosial terutama di laman web dan rangkaian jual beli Mudah.my. Di Jpower ada barang yang sedia ada dan ada yang perlu di tempah. Kebiasannya tempatan mengambil masa 14 hari berkerja bergantung tempoh pengeposan dari luar negara.

Hubungi Encik Hazrul (013-489 0301) jika anda mahu membeli belah di JPOWER.

D-DART STORE

#7.  Layari laman sesawang www.d-dart.com.my jika anda berhasrat membeli pelbagai jenis dart ataupun aksesori pengeluar dari negara Jepun atau boleh datang terus ke alamat:-

D DART STORE 
Axis Atrium (Fiesta Mall)
S17, Level 2. Jalan Cempaka
Taman Cempaka, Ampang.
68000 Selangor.

 No. Hp : 016-900 0888 Eric

YUMMI DART HOME

#8.  Yummy Dart Home satu²nya pemjual dart aksesori yang menjalan operasi jualan secara bida/ lelongan di FB pages mereka. Strategi jualan yang begitu menarik untuk mereka yang mahu membeli belah barang dart.

Layari laman sesawang YUMMY DART HOME jika anda berhasrat membeli pelbagai jenis dart ataupun aksesori pengeluar dari negara Jepun atau boleh datang terus ke alamat:-

YUMMI DART HOME

No. 3A, Jalan SS24/11
Taman Megah
47301 Petaling Jaya
Selangor

No. Hp : 017-666 2711 Yummi Kong

G&I DARTS HOME
#9.  Layari laman sesawang G&I DARTS HOME jika anda berhasrat membeli pelbagai jenis dart ataupun aksesori pengeluar dari negara Jepun atau boleh datang terus ke alamat:-

GOOD DARTS KEPONG
No.31-1,
Jalan Metro Perdana Barat 2,
Taman Usahawan Kepong,
52100 Kuala Lumpur.

No. Hp : 016-4471031, 014-6683831

NIK180DARTS

#10.   Berpusatkan operasi jualan di pantai timur, Nik180Darts adalah tempat yang dicadangkan kepada mereka yang ingin membeli dart secara tempahan. Katalog dart disediakan untuk memudahkan urusan tempahan. Beberapa langkah mudah untuk anda berurusan jika ingin menempah pesanan dart anda. 

Layari laman sesawang NIK180DARTS untuk pilihan yang di inginkan. Mudah, Pantas dan Boleh di percayai.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GROUP FACEBOOK YANG MENJALANKAN AKTIVITI JUAL BELI DAN TUKAR SUKA SAMA SUKA DART.
Selain daripada senarai nama² penjual dart & aksesori yang tertera di atas, anda juga boleh mengunakan akuan Facebook untuk turut serta di dalam dua group tempatan seperti gambar di atas untuk melihat aktiviti jual beli dart dari rakan² yang berhasrat menjual barangan mereka.

Aktiviti jual beli di dalam group ini  dapat merapatkan silaturahim dan merancakkan lagi industri dart negara.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Untuk makluman anda, selain daripada nama² besar penjual dart & aksesori yang di atas. Di sini disertakan untuk makluman anda nama² beberapa individu yang anda boleh berurusan dengan mereka untuk tempahan dart/aksesori.
  • Helmi : 019-427 7958
  • Rahsid @ Capser : 019-388 5468
  • Harman Harun : 011-3536 1669
Hubungi mereka jika anda berhasrat menambah koleksi dart. Harga dan layanan memang terbaik.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesemua yang dicadangkan adalah hasil pengalaman Amindarts yang pernah berurusan dengan mereka. Semoga perkongsian di dalam posting ini dapat membantu serba sedikit dan menyenangkan urusan membeli belah dart anda. JOM MAIN DART !


#NoDartsNoLife
#ItsAllAboutDarts


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...