" Siapa yang akan terfikir seorang lelaki dari Singapura akan berada dalam senarai yang berjaya menyempurnakan sembilan dart penamat pada Kejohanan Dunia. Saya fikir, saya mendapat tuah , terdapat sesuatu keajaiban yang membantu saya disana . Ia menjadi suatu permulaan untuk saya , hidup saya dan masa depan setelah berjaya melakukannya. Tanpa itu, saya tidak fikir sesiapa akan tahu siapa saya …” kata Paul Lim.
Paul Lim melemparkan balingan dart yang sempurna semasa berhadapan dengan Jack McKenna di kejohanan Embassy World Professional Darts Championship pada 9 Januari 1990. Kejayaan itu benar-benar hidup dan sangat bermakna. Selepas 25 tahun, masih ada lagi orang bercerita mengenainya kepada saya.
"Saya baru-baru ini pergi ke kejohanan di Malaysia . Saya tidak bermain di sana sejak kira-kira tahun 1985. Semua orang mahu bergambar dengan saya dan mereka amat teruja dengan kejayaan yang pernah saya lakukan dahulu, yang menakjubkan selepas bertahun-tahun . Ianya sesuatu yang membuatkan saya terharu . Sekarang ini pun, orang mengenali saya dan berkata ini lah “lelaki legenda” , “lelaki Sembilan dart “ dan lain-lain lagi…" kata Paul Lim.
Sumber :- BBC
|
7 January 2015
PAUL LIM 25 TAHUN SELEPAS SEMBILAN DART PENAMAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment