Sila Hubungi 019-2070 466 Jika Tuan/ Puan Memerlukan Perkhidmatan :- Sewaan DartBoard Stand | Khidmat Chalker @ Umpire | Pengelola Pertandingan | Perundingan Kejurulatihan | Pengiklanan Secara Atas Talian. Kami Sedia Membantu !!!

8 January 2015

KISAH DI SEBALIK DART UNICORN T90

Sempena kejayaan Paul Lim berjaya melakukan sembilan dart dan setelah 25 tahun peristiwa bersejarah itu berlaku, untuk posting kali ini juga Amindarts masih menceritakan tentang perkara yang bersangkut paut dengan Paul Lim. Harap korang ( Pelawat Blog ) jangan marah....he he he


Dart T90 ini adalah hampir sama bentuk dengan " keluaran lama " iaitu dart Juara Dunia tungsten Paul Lim yang telah dihentikan oleh Unicorn beberapa tahun yang lalu . Setelah Unicorn Paul Lim diberhentikan, Unicorn memperkenalkan T90. Pada masa ini Unicorn hanya mengeluarkan 23 dan 25 gram sahaja dalam keluaran T90 ini . T90 adalah sebahagian daripada " Teras " kepada dart Unicorn.


Dari Wikipedia / Paul Lim : Paul Lim Leong Hwa dikenali sebagai Paul Lim ( lahir 25 Januari 1954 di Singapura ) adalah pemain dart profesional yang akan diingati kerana menjadi pemain pertama yang berjaya dengan  sempurna menamatkan sembilan dart semasa kejohanan Embassy World Professional Darts Championship pada tahun 1990.

Selain dart Irina Amstrong , Nandor Bezzeg dari Global Tungsten Unicorn juga mempunyai reka bentuk yang sama menyerupai T90.

*** Sape ada dart Unicorn T90 23g ( used ) untuk dijual  sila PM saya. TQ


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...