28 September 2018

AKTIVITI DART DI PUTRAJAYA

SIAPA kata masa membataskan aktiviti riadah seseorang, terutama bagi mereka yang sibuk dengan tugas pejabat hampir setiap hari?

Ramai beranggapan, rutin harian di pejabat yang bermula seawal pukul lapan pagi dan berakhir pukul empat atau lima petang menyukarkan mereka untuk aktif beriadah atau bersukan.

Bukan disebabkan penat bekerja seharian, kesuntukan masa untuk beriadah pada sebelah petang merupakan alasan biasa sebahagian besar masyarakat mengapa mereka jarang atau langsung tidak melakukan aktiviti tersebut.

Disebabkan waktu bekerja habis petang, ruang waktu yang ada sebelum menjelang malam begitu pendek - mana hendak balik ke rumah menyalin pakaian, berehat selepas penat bekerja seharian dan kemudian hendak beriadah atau bersukan!

Aktiviti Dart di Putrajaya,

Sebagai contoh, markas geng P1415 yang terletak di Blok C1 Presint 15 cukup mendapat sambutan dari kejiranan setempat seperti Presint 9, 14, 18 dan persekitarannya menjalankan aktiviti riadah bersama permainan Dart.

Hakikat ini diakui oleh salah seorang peminat Dart yang berkerja sebagai seorang kakitangan sebuah agensi awam yang sering menjalani latihan dan mengadakan perlawanan Dart sehingga lewat malam atau awal pagi.

"Bermain Dart sebelah malam memang menyeronokkan kerana kami (pemain) mempunyai banyak masa, kadang-kadang tanpa disedari malam sudah pun menjelang pagi," katanya.

Sedikit imbasan keputusan untuk perkongsian bersama...


-------------------------------------------------------

SANTAI DART ! Beregu undian round robin @ Block C1 Presint 15 Putrajaya 27 Sept 2018 jam 09.00 malam.

Champion - Kay/ Kay Jr.
Runner Up - Madi/ Uwis
3rd Place - A M/ Ijan
Keputusan Round Robin Dart Beregu (Undi) Santai².

Kay / Kay Jr.





#ItsAllAboutDarts

No comments:

Post a Comment