10 April 2018

PENANGGUHAN DART BEREGU AMATUR PIALA DATO' SRI MOHD JOHARI HUSSAIN

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

*Pemakluman Pemindaan Tarikh Kejohanan Dart Beregu Amatur Piala Dato’ Sri Mohd Johari Hussain (Exco Belia & Sukan Pahang) kepada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. *

Pihak Penganjur ingin memohon kemaafan di atas penundaan Kejohanan tersebut berdasarkan beberapa sebab :-

1. Tarikh 21 hb tu besar kemungkinan Hari Penamaan Calon, Dewan MDR dari sekarang hingga ke hari mengundi telah ditutup untuk penyewaan, barang SPR dah masuk pun, sementara itu Dewan2 lain pun semua dah tak boleh masuk booking, RBR pun menolak tempahan kita.

2. YB / EXCO dah terbubar kuasanya dengan sendirinya apabila PM dan MB dah umumkan Parlimen dan DUN dibubarkan pada 7hb baru-baru ni.
Segala jawatan yg ada pun terlucut dgn sendirinya. Maknanya Piala YB EXCO dah terbatal dengan sendirinya.
Bajet pun jadi tergantung.

3. Ramai Darter terlibat dgn proses PRU14. Akan melibatkan kurang sambutan kepada Kejohanan dan juga menjejaskan bilangan urusetia yg mahir dlm kejohanan kerana tidak boleh bersama pada tarikh tersebut.

Sekali lagi Pihak Urusetia Kejohanan memohon kemaafan dan mengucapkan terima kasih kepada beberapa pasukan yg telah menunjukkan komitment tinggi mendaftarkam nama pasukan masing-masing di kejohanan tersebut..

Terima kasih,

*Jaafar Mustaffa*
Timbalan Pengerusi Kejohanan
019-9999697

DARTERS! sila ambil maklum.


#ItsAllAboutDarts

No comments:

Post a Comment