Bermula 23 Februari 2018 setiap Jumaat malam bertempat di Perkarangan Dewan Serbaguna P15-12B telah berlangsungnya Liga Dart Perseorangan anjuran Putrajaya 1415 dengan kerjasama KRT P15-12B. Seramai 17 orang peserta mengambil bahagian dalam liga edisi pertama ini.
Kejohanan ini akan mengambil masa selama 8 minggu untuk diselesaikan dan setiap peserta di kenakan yuran pendaftaran sebanyak RM10 sahaja. Hadiah wang tunai menanti untuk 8 pemain yang menduduki carta teratas. sedikit imbasan kejohanan yang telah berlangsung pada minggu pertama.
Imbasan suasana kejohanan. Syarat berpakaian dilonggarkan. |
Syarat dan kedudukan terkini untuk perkongsian bersama. Tahniah kepada semua peserta dan pihak penganjur yang memeriahkan sukan dart di Putrajaya. #ItsAllAboutDarts |
No comments:
Post a Comment