5 January 2018

KEJAYAAN MAZMILLAH DALAM ARENA DART

Kemenangan bukanlah hanya ketika kita berhasil mengalahkan lawan di suatu pertandingan. Dan bukan hanya ketika kita berhasil mencapai prestasi terbaik. Bahkan, bukan hanya ketika kita berhasil mendapatkan semua yang kita inginkan dalam hidup ini.

Tapi, kemenangan adalah saat di mana kita dapat melawan suatu kegagalan. Saat di mana kita dapat mengatasi musibah. Saat di mana kita dapat bangkit dari suatu keadaan yang menyedihkan. Dan, saat di mana kita merasa sangat terpuruk namun kita mampu berjuang menghancurkan semua cubaan itu.

Kemenangan adalah saat dimana kita dapat menjadikan itu semua sebagai pertanda betapa sayangnya Sang Maha Pencipta kepada kita. Saat dimana kita menyadari betapa kita dapat belajar banyak dari semua kegagalan yang kita alami.

Dan, kemenangan adalah saat di mana kita melangkah begitu mantap dan yakin bahwa kita begitu hebat untuk sekadar melawan suatu kegagalan kecil. Saat dimana kita dapat mengalahkan diri kita sendiri, sehingga kadang-kadang kita merindukan sebuah kegagalan. Kerana kegagalanlah yang membuat kita sedar di mana kita berada.

Bersama ini, dikongsikan kejayaan sahabat sealiran iaitu saudara Mazmillah atau lebih dikenali dengan nama MMZ. 


Piala dan medal yang berjaya dikumpul.

PENCAPAIAN KEJAYAAN

JANUARI
1. Joint 9th - Single Super Series Compressor Darters GMH Kajang
2. Joint 5th - Grand Final Single Peco Premier League Terengganu

MAC
3. Joint 3rd - Double East Coast Dart Tournament Kuantan
4. Joint 3rd - Double Muafakat Darters Club TPG Selangor

APRIL
5. Champion - Double MSN Kg Pandan
6. Joint 5th - Double Amateur Raub
7. 7th Placing - Wilayah Double Darts Amateur Super Hero PMDC

MEI
8. Joint 3rd - Scatter 5201 Club Double Open 
9. Joint 5th - Fusion Mixed Double Championship PMDC

JULAI
10. Joint 5th - Double Amateur Sempena Perasmian ODCC Kuantan
11. Joint 9th - Team Event Melaka Open
12. Joint 9th - Single Event Melaka Open

OGOS
13. Joint 5th - Team Event Pahang Open
14. Joint 9th - Single Event Pahang Open
15. Runners Up - MMZ Candy Double Open Darts Challenge PMDC
16. Joint 5th - Single ODCC Kuantan

SEPTEMBER
17. Champion - Single Amateur KGRP (Petronas) Kertih, Terengganu
18. Joint 5th - Double ODCC Kuantan
19. Joint 33rd - Single Malaysian Open 

OKTOBER
20. Champion - Kejohanan Dart 3 Sepasukan Terbuka Piala Majlis Daerah Kuala Selangor

NOVEMBER
21. Joint 9th - Double Amateur Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu
22. Joint 9th - Kejohanan Dart Beregu Terbuka MBMB Warriors Darters Melaka
23. Joint 3rd - PJ Cafe Single Darts Challenge 3rd Series PMDC
24. Champion - Double Open ODCC Kuantan

DISEMBER
25. Champion - Pertandingan Dart Berpasukan Terbuka & Jemputan Piala Tan Sri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam (TSDC Melaka)


Semoga dengan perkongsian kejayaan MMZ ini dapat menjadi pemangkin kepada pemain² Dart yang lain. Insya Allah.
----------------------------------------------------------------------------


“Beliau memang seorang yang baik, rendah diri, menghormati orang, mempunyai disiplin yang baik dan prestasi permainan Dart yang semakin meningkat naik. Saya berharap beliau akan mengekalkan karakter dan kecemerlangan itu selama-selamanya....Tahniah MMZ,” 
                                                                                           Amindarts


#ItsAllAboutDarts

No comments:

Post a Comment