Sila Hubungi 019-2070 466 Jika Tuan/ Puan Memerlukan Perkhidmatan :- Sewaan DartBoard Stand | Khidmat Chalker @ Umpire | Pengelola Pertandingan | Perundingan Kejurulatihan | Pengiklanan Secara Atas Talian. Kami Sedia Membantu !!!

19 December 2017

KISAH AMIN DAN DART

Assalamualaikum & selamat pagi...
Apa khabar geng² Dart ?
Semoga korang sihat walafiat hendakNya...aminnn
Sudah lama Amindarts (AD) tidak buat kisah sendiri dalam posting blog. Tapi sempena kita sudah sampai ke penghujung tahun AD kasi buka kan satu coretan kisah kejayaan peribadi yang sesuai untuk perkongsian bersama. Untuk makluman korang, AD bukanlah pakar/pemain pro didalam sukan Dart ini, AD hanyalah blogger amatur yang dengan tidak sengaja memeriahkan arena yang kita sayangi ini.

Tahun 2017 mengikut catatan yang direkodkan bermula 01 Januari - 31 Disember sebanyak 126 kejohanan Dart telah berlangsung di Malaysia. Rekod 126 kejohanan ini bukanlah rasmi, mungkin ada lebih lagi. Ianya termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Dengan angka 126 itu, kita boleh bayangkan bertapa meriahnya sukan Dart di Malaysia. Agak² korang di Malaysia ini berapa ramai pemain Dart/ peminat Dart? Mesti ramaikan...

Dan dari 126 kejohanan berapa banyak kah catatan kejayaan yang menjadi sejarah kepada korang? Jom kira dan nilaikan...

############################################

Bermulalah kisah peribadi Amin dan Dart....

Mengikut catatan TUJUH BELAS kejohanan yang AD telah sertai. Dari TUJUH BELAS kejohanan itu DUA kali Champion, SATU Semifinal, DUA Quaterfinal dan LIMA kali Top 16. Baki selebihnya ke laut...

Hanya DUA kejohanan Open yang AD sertai yang lain semua kejohanan bertaraf Amatur. 
Champion 2Some NSDC.
[ 08 April 2017 ]
Champion Single Sepang
anjuran SODAS.
[ 17 Disember 2017 ]





















   
Q/final Double Piala
YDP KESAN Putrajaya.
[ 05 Ogos 2017 ]
     
Q/final Double JMB
Putrajaya.
[ 29 Oktober 2017 ]
 














Kesemua  yang dikongsikan kepada korang adalah secebis kejayaan AD bersama Dart steel tip untuk tahun 2017....

Mari kita ke arena Dart soft tip pulak...

            ############################################

Soft tip pun bermula...terjebak main soft tip ini pada tahun 2016 apabila terpilih menyertai pasukan Aura Warriors tajaan Aura Sports Academy yang beroperasi di Alam Damai, Cheras Kuala Lumpur. Masa ini aktif main liga Rflags dan MMC M-Darts Radikal.

[ Aura Warriors ]

Setelah operasi Aura Sports Academy dihentikan awal tahun 2017, AD masih aktif dalam arena soft tip. Kali ini menyertai pasukan asal iaitu KL Boyz menyertai kejohanan liga anjuran M-Darts Radikal & VSPhoenix.

KL Boyz di Liga M-Darts
Cho, Jai, Shah, Nana & Amin
wakil KL Boyz di
POL VSphoenix Malaysia















Pencapaian di arena soft tip hanya mendapat tempat ke 8 di M-Darts Radikal Malaysia/Indonesia. Manakala di POL hanya berjaya dikedudukan ke 3 kumpulan. Masih banyak yang perlu dilakukan untuk berjaya cuma perlu perbanyakan latihan. Mungkin boleh cuba lagi pada masa akan datang.

Itu sahaja hasil dari soft tip untuk tahun 2017.

#############################################

Kisah Amin dan Dart berakhir di sini, itu sahaja yag dapat di kongsikan bersama. Mana yang jalan cerita yang baik di ambil sebagai perkongsian, yang tidak baik sila abaikan. 

Dart di Malaysia semakin berkembang. Semakin ramai yang berminat dengan permainan Dart. Selain arena ini dapat menambah kenalan dan merapatkan silaturahim, dart menjadikan hidup sihat ianya satu senaman ringan. Selain itu arena ini juga boleh menjana pendapatan kepada sahabat² yang nampak saluran pendapatan sampingan melalui Dart. Semoga beroleh kejayaan perniagaan.

Dan akhir kata,

Sejarah tercipta. Tercipta pada rekod peribadi sendiri yang akan menjadi kenangan pada masa akan datang. Ianya tidak akan mengundur dan yang pasti ianya semakin kehadapan. Jadi ciptalah sejarah anda bersama Dart untuk dijadikan kenangan.

Panjang umur, sihat tubuh badan berjumpa kita lagi pada tahun 2018. 

Insya Allah....



-----------------------------------------------------------------------------


#ItsAllAboutDarts

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...