Sila Hubungi 019-2070 466 Jika Tuan/ Puan Memerlukan Perkhidmatan :- Sewaan DartBoard Stand | Khidmat Chalker @ Umpire | Pengelola Pertandingan | Perundingan Kejurulatihan | Pengiklanan Secara Atas Talian. Kami Sedia Membantu !!!

28 August 2017

[MOTIVASI] JANGAN BENCI PESAING !

Jangan benci pesaing, sebaliknya tingkatkan prestasi diri.

Dalam sukan, bila anda menaruh kebencian pada pesaing, anda akan kalah dengan mudah. Sebaliknya jika anda berikan tumpuan melonjakkan prestasi anda dengan belajar dan belajar dari kesilapan diri dan juga lawan, anda akan menjadi jaguh.

Dalam kehidupan juga begitu, tak perlu nak rasa benci pada orang lain. Ia hanya memancarkan tenaga negatif dalam diri anda dan ia hanya merosakkan diri anda sendiri.


Lihat kehebatan orang dan belajar dari situ. Orang yang anda kagum walaupun dia pesaing mampu memberikan anda inspirasi pada diri anda sendiri dan anda akan belajar meningkatkan prestasi diri.

Bila anda benci pada orang, anda hilang daya tumpuan dan langkah anda mula sumbang. Malah tenaga negatif yang keluar dari perasaan benci itu bakal memakan diri.


Gambar sekadar hiasan


#ItsAllAboutDarts

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...