Sila Hubungi 019-2070 466 Jika Tuan/ Puan Memerlukan Perkhidmatan :- Sewaan DartBoard Stand | Khidmat Chalker @ Umpire | Pengelola Pertandingan | Perundingan Kejurulatihan | Pengiklanan Secara Atas Talian. Kami Sedia Membantu !!!

29 August 2017

[MOTIVASI] BUANG SIKAP MEMAKSA DIRI !

Buang sikap memaksa diri.

Dalam sukan, pencapaian paling tinggi biasanya terhasil bila anda melaksanakannya dengan lancar dan tanpa paksaan. Cuba lontar dart dengan paksaan, anda akan melontar macam orang yang tak pernah main dart. Buang sikap memaksa diri dan anda perlu banyak bersabar & ambil masa.

Anda tak perlu buktikan anda hebat dalam apa-apa permainan kerana ia sepatutnya lancar dan bersahaja. Itulah tahap maksimum dalam menguasai apa-apa permainan. Dan ia datang dari komitmen latihan demi latihan.

Begitu juga dalam kehidupan, anda tak perlu tergesa-gesa dan nak tunjuk hebat sebelum masanya, sebelum anda bersedia. Semua itu perlu berlaku dengan bersahaja dan nampak natural. Dan semuanya adalah hasil dari pembinaan tabiat sedikit demi sedikit dan bukannya dengan sekali hentak. 

#MotivasiDiri #NoDartNoLife

--------------------------------------------------------------------------------



#ItsAllAboutDart



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...