[ Berani Menempuh Cabaran ]
4. Kebanyakan orang gagal pada peringkat ini. Setelah menempuh beberapa cabaran, mereka akan berhenti mengejar kejayaan.
Meski pun sering diketengahkan oleh pakar motivasi bahawa anda perlu berani menempuh kejayaan sebagai bayaran sebuah kejayaan, ramai yang terkandas di sini.
Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.
[ ‘Hapus’ Kisah Silam ]
5. Anda mahu atau tidak untuk anda kekal bermotivasi, anda perlu padamkan kisah silam anda. Pemusnah motivasi paling bahaya adalah kisah silam anda. Ia boleh menjadi beban bahu anda yang memikul.
Walaupun bagaimanapun, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin pernah mengecewakan orang lain suatu ketika dahulu. Tetapi itu kisah dulu dan anda tidak boleh ubah apa-apa pada hakikatnya.
Apa yang anda harus lakukan adalah padamkan kisah silam anda dan lakukan permulaaan yang baru. Jadikan kesilapan dahulu sebagai tauladan dan tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.
Kesimpulannya
Terdapat pelbagai cabaran yang boleh melemahkan motivasi seseorang. Pasti ada faktor-faktor lain yang boleh kita bincangkan. Apa yang penting kita fahami 5 cara kekalkan motivasi diri sedalam-dalamnya dan mula praktikkan sebaik mungkin.
Sumber : MShahrulnizam
--------------------------------------------------------------------------------
#ItsAllAboutDarts
No comments:
Post a Comment