24 November 2016

[ REPOST ] PHIL TAYLOR SAID...

Kata² Phil Taylor...

Berbalik pada artikel semalam ( rujuk posting di bawah ) luahan yang di buat oleh Nasir Bomba mengenai perkembangan pembangunan dart Malaysia yang menjurus kepada tidak keseimbangan masakini yang mana kebanyakan pihak penganjur meng'LABEL'kan taraf seseorangan pemain dart.

Kenapa pemain dart dilabelkan ? Banyakan contohnya, rasa tak perlu Amindarts bagi contoh (sendiri faham) sebab ada yang Pro & Kontra.

Apabila penglabelan ini diadakan, akan terjadinya Pro & Kontra. 

Pro iaitu meresponkan yang baik / positif terhadap sesuatu hal. Sedangkan kontra ialah merespon negative terhadap sesuatu hal.

Sebenanya pro dan kontra itu sama benarnya jika kita melihat dari sudut pandangan pihak masing².

Jika kita berfikir dan melihat dari sudut pandang PRO, maka pemikiran kita akan mendominasi ke arah PRO. Sebaliknya jika kita berfikir dan melihat dari sudut pandangan KONTRA, maka pemikiran kita pun akan mendominasi kepada KONTRA.

Tapi yang pasti antara PRO dan KONTRA di sini, akan ada positif dan negative yang biasa kita lihat. Maksudnya di sini ialah jika kita memilih untuk melakukan sesuatu hal ( baik itu PRO mahupun KONTRA) pasti akan ada baik dan buruk nya. Kerana segala sesuatu itu pasti ada risiko yang harus kita hadapi, hanya bergantung kepada kita untuk memilih agar risko yang akan kita ambil kelak tidak separah yang kita bayangkan atau tidak.

Kita akan kelihatan lebih bijak jika kita melihat suatu masalah itu dari kedua belah pihak. Kerana dari situ kita akan nampak tentang permasalahan itu lebih keterbukaan. Kenapa dan mengapa penglebalan ini di buat.

Dan kita semua di beri kebebasan memilih, jadi ? pilihan di tangan anda, tepuk dada tanya selera.


#ItsAllAboutDarts


No comments:

Post a Comment