Sila Hubungi 019-2070 466 Jika Tuan/ Puan Memerlukan Perkhidmatan :- Sewaan DartBoard Stand | Khidmat Chalker @ Umpire | Pengelola Pertandingan | Perundingan Kejurulatihan | Pengiklanan Secara Atas Talian. Kami Sedia Membantu !!!

21 April 2016

[ INFO KESIHATAN ] PEMAIN DART BERISIKO KISTA GANGLION

[ Info kesihatan ]

Perkongsian dari rakan sealiran yang menghidapi penyakit Kista Ganglion. Sebagai makluman kemungkinan info ini berguna pada diri saya, anda dan rakan² suatu hari nanti.

Apa itu Kista Ganglion ?

Kista Ganglion adalah kista (benjolan) yang terjadi di pergelangan tangan, kaki dan jari jemari, kista ini tidak menimbulkan rasa sakit tetapi dapat menimbulkan pembengkakan seperti buah anggur dimana didalam benjolan kista ganglion terdapat seperti cairan kental, nanah, udara dan beberapa jenis lainnya.

Punca Kista Ganglion ?

Punca Kista Ganglion di sebabkan Osteoarthritis (gangguan sendi) adalah penyebab utama pembentukan kista, dan beberapa faktor penyebab umum yang meliputi penyakit ini contoh:- patah tulang, radang saraf, kebocoran cecair sendi, tekanan sendi dan lain² lagi.

Adakah Kista Ganglion bahaya ?

Untuk Kista Ganglion biasanya tidak begitu berbahaya, namun jika benjolan ganglion ini menimbulkan rasa sakit dan benjolannya semakin membesar, alangkah baiknya anda segera melakukan pemeriksaan ke klinik / hospital.

Terdapat juga cara perubatan tradisional untuk merawat penyakit ini.

[ Contoh ubat yang berada di pasaran ]

AgaricPro salah satu ubatan yang mampu merawat kista ganglion. Kurang pasti adakah ubat ini berada di pasaran Malaysia atau sebaliknya.

*** Kemungkinan info di atas tidak lengkap sepenuhnya. Untuk kepuasan mengenai penyakit ini anda disaran bertanya dengan Doktor / pakar perubatan atau pun encik Google sendiri.

#ItsAllAboutDarts


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...