17 March 2016

[ KISAH AKU ] PASUKAN DART MAKSAK KUALA LUMPUR 2016

[ Ketiga bersama milik Kuala Lumpur & Sabah ]

Kejohanan Dart MAKSAK Malaysia telah melabuhkan tirai dengan penuh gemilang serta kemeriahan yang teramat bagi kesemua peserta dan mereka yang terbabit.

Shah Alam menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini yang mana telah menjadi sejarah apabila Perak di nobatkan Johan Dart Lelaki Berpasukan dan kategori Wanita Berpasukan di miliki oleh Sabah.

Selangor yang di barisi oleh tiga pemain dart Malaysia gagal mengekalkan kejuaraan mereka apabila tumbang kepada Perak pada peringkat akhir.

Itulah sukan...


Pasukan Dart MAKSAK Kuala Lumpur semasa upacara penyampaian hadiah tempat ke-3 bersama pada majlis penutup.

Sesi bergambar bersama Mr. Ragu dari Omvel Marketing merupakan penaja utama pasukan MAKSAK KL pada hari kedua kejohanan.

Peserta wanita di wakili oleh - Fazura, Sabrina, Ain & Noni.

Dari atas kanan - Mr. Amar, Roslan Jakoa, Zulrizan, Iwan , Pokku & Amin
Dari bawah kanan - Shidi, Roslan Baba, Sham Idris & Man K

Syukur Alhamdulillah atas kurnianNya apabila Amin @ Amindarts terpilih mewakili MAKSAK KL untuk edisi kali ini.

Walaupun bukan ada niat untuk menyertainya akan tetapi di sebabkan pemilihan di atas tiket kecermelangan semasa Dart MAKSWIP persetujuan di terima untuk merasai pengalaman bersama pasukan MAKSAK KL.

Terima kasih kepada Master Roslan Baba, Mr Amar, Encik Zaidi & Encik Zaini MAKSWIP yang memilih saya.

Harap korang tak serik yek ! hehe...

Gambar hari terakhir semasa latihan pusat di Rumah Kelab PPTD Kuala Lumpur setelah dua minggu berkampung di sini.

Tiada apa yang saya mampu katakan...hanyalah dengan ucapan jutaan TERIMA KASIH kepada semua pihak pengurusan, semua pemain dan penaja....korang memang best dan best sangat.

#ItsAllAboutDarts

No comments:

Post a Comment