Sila Hubungi 019-2070 466 Jika Tuan/ Puan Memerlukan Perkhidmatan :- Sewaan DartBoard Stand | Khidmat Chalker @ Umpire | Pengelola Pertandingan | Perundingan Kejurulatihan | Pengiklanan Secara Atas Talian. Kami Sedia Membantu !!!

24 February 2016

TEMPAT MAIN DART - STUDIO DART JPN PUTRAJAYA

Lokasi tempat bermain dart sekitar Putrajaya terletak di JPN @ Jabatan Pendaftaran Negara. Terdapat 4 dartboard siap di pasang di sini.

Studio yang terletak di bawah menara JPN. Lokasi yang senang di cari dengan suasana keluasan tempat yang selesa untuk beriadah bersama rakan sealiran. Korang tak perlu risau jika lapar kerana terdapat restoran mamak berhampiran studio ini.

Rakan-rakan sekitar Putrajaya yang datang memberi sokongan ke atas pembukaan tempat bermain dart ini. 

Tahniah kepada geng-geng Madah @ JPN yang bersungguh memeriahkan sukan di Putrajaya dan terima kasih juga kerana sudi memberi peluang kepada darters sekitar Putrajaya untuk beriadah di sini bersama-sama.
Caj permulaan untuk yang berminat bermain dart di sini hanya di kenakan RM1 sahaja. Sangat berbaloi !

Pertanyan waktu operasi korang boleh lah berhubung dengan Jowen di talian 017 906 7443

" Bersahabat melalui dart "

#ItsAllAboutDarts

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...