Saya suka dart ! sebab saya suka bermain dart dan ianya sukan yang paling sesuai dengan saya. Artikel ini mungkin ada kena mengena dengan dart. Ada masa korang baca lah sampai habis.
Untuk sukan pilihan korang ? tepuk dada tanya selera...
Untuk sukan pilihan korang ? tepuk dada tanya selera...
Sekarang saya rasa elok dikongsikan pada semua kenapa strategi pilih sukan atau akademik itu penting untuk jadikan kita manusia berguna dalam kehidupan.
Tak lain tidak ia mampu menerapkan falsafah yang baik dalam perjalanan kita menghadapi naik dan turun dalam kehidupan. Berikut saya kongsikan antara perkara yang mampu diterapkan dek aktif bersukan. Jom belajar dari sukan...
Berikan tumpuan pada apa yang kita hendak
Sukan mengajar kita fokus pada perkara yang kita mahu dapatkan. Tak berlaku dalam aktiviti sukan di mana fikiran kita beku hanya pada apa yang kita tak mahu. Bila kita pegang bola, kita akan tumpu pada mengawalnya dan bila nampak peluang kita tumpu pada sasaran samada menjaringkan gol atau membuat hantaran pada pemain sasaran.
Setiap kali kita hilang tumpuan pada perkara yang kita tak nak, misalnya tak mahu orang ambil bola dari kita, biasanya bola akan dapat pada pihak lawan.
Kita sering dapat segala apa yang kita tak nak samada dalam sukan atau dalam kehidupan. Sebabnya adalah kerana otak tak akan faham perkataan tidak. Bila kita gambarkan tak mahu orang lain dapat bola, gambaran otak hanya ada gambaran bola dapat kat orang lain. Maka itulah yang arahan diberikan pada pergerakan kita.
Bila fokus pada apa yang kita mahu, otak akan melaksanakannya dari segi tindakan. Bila dalam kehidupan kita fokus pada apa yang kita mahu dengan jelas, lebih mudah untuk kita mencapainya.
Pencapaian hebat adalah hasil daripada komitmen yang tinggi.
Mungkin ramai orang akan anggap Phil Taylor ada bakat yang besar dalam arena dart. Sebab itu dia sering tewaskan Adrian Lewis. Begitu juga orang akan anggap Adrian Lewis ada bakat dan dilahirkan berbakat.
Hakikatnya mereka memberikan komitmen yang amat tinggi dalam membina keupayaan diri mereka. Jumlah latihan mereka jauh lebih hebat berbanding orang lain. Malah apa yang mereka bina adalah lebih menyeluruh berbanding orang lain. Itu sebab utama mereka cemerlang dan bukannya disebabkan bakat semula jadi.
Dalam kehidupan juga begitu. Mungkin orang anggap usahawan berjaya disebabkan dia anak seorang usahawan atau datang dari keluarga usahawan. Hakikatnya adalah dia memberikan komitmen yang tinggi untuk berjaya, sebab itu dia cemerlang.
Bagaimana besarpun bakat yang ada pada diri kita, tanpa komitmen tinggi, kita tak akan ke mana-mana. Sekadar jadi jaguh kampung saja dan jadi kaki gebang di kedai kopi saja akhirnya.
Terima hakikat bahawa semua orang cuba menyekat kemaraan kita.
Dalam sukan jika kita andaikan pihak lawan asyik nak jatuhkan kita sahaja, memang betul sangkaan itu. Memang itu kerja pihak lawan, dia mahu ke depan dan tinggalkan kita dibelakang.
Tak akan berlaku samada secara sedar atau tidak sedar pihak lawan akan bantu kita menang dengan sengaja. Itu bukan kerjanya kecuali dia dirasuah. Sudah jadi tabiat pesaing akan cuba jatuhkan diri kita.
Oleh itu jangan mengeluh dan salahkan pesaing.
Begitu juga dalam kehidupan, tak perlu megeluh dan salahkan orang lain yang nak tinggalkan kita pergi ke depan. Mereka sekadar buat apa yang perlu mereka buat.
Apa yang penting kita bertanggung jawab sendiri untuk pastikan diri kita maju ke depan dengan membaca dan menggunakan segala situasi yang ada. Asalkan ianya tidak melanggar etika, undang-undang dan syariat, kita perlu berusaha.
Jangan benci pesaing, sebaliknya tingkatkan prestasi diri.
Dalam sukan, bila anda menaruh kebencian pada pesaing, anda akan kalah dengan mudah. Sebaliknya jika anda berikan tumpuan melonjakkan prestasi anda dengan belajar dan belajar dari kesilapan diri dan juga lawan, anda akan menjadi jaguh.
Dalam kehidupan juga begitu, tak perlu nak rasa benci pada orang lain. Ia hanya memancarkan tenaga negatif dalam diri anda dan ia hanya merosakkan diri anda sendiri.
Lihat kehebatan orang dan belajar dari situ. Orang yang anda kagum walaupun dia pesaing mampu memberikan anda inspirasi pada diri anda sendiri dan anda akan belajar meningkatkan prestasi diri.
Bila anda benci pada orang, anda hilang daya tumpuan dan langkah anda mula sumbang. Malah tenaga negatif yang keluar dari perasaan benci itu bakal memakan diri.
Sentiasa bertenang
Dalam apa saja jenis sukan, kawalan diri agar sentiasa bertenang mampu menjamin kejayaan. Orang yang hilang kawalan perasaan marah dalam permainan bola sepak silap hari bulan akan kena buang padang. Anda tak dapat apa-apa dari sikap tak bolah kawal marah itu selain dari menyusahkan semua orang.
Begitu juga dalam kehidupan, orang yang sentiasa tenang dan hebat mengawal perasaannya akan sentiasa membuat keputusan yang bijak. Jika orang itu kaki panas baran dalam sukan, dalam kehidupannya juga tak akan kemana-mana.
Rugilah diri jika aktif bersukan tapi tak mampu mengawal perasaan marah dan kecewa. Jadikan sukan sebagai gelangang mengawal emosi anda.
Buang sikap memaksa diri.
Dalam sukan, pencapaian paling tinggi biasanya terhasil bila anda melaksanakannya dengan lancar dan tanpa paksaan. Cuba lontar dart dengan paksaan, anda akan melontar macam orang yang tak pernah main dart.
Anda tak perlu buktikan anda hebat dalam apa-apa permainan kerana ia sepatutnya lancar dan bersahaja. Itulah tahap maksimum dalam menguasai apa-apa permainan. Dan ia datang dari komitmen latihan demi latihan.
Begitu juga dalam kehidupan, anda tak perlu tergesa-gesa dan nak tunjuk hebat sebelum masanya, sebelum anda bersedia. Semua itu perlu berlaku dengan bersahaja dan nampak natural. Dan semuanya adalah hasil dari pembinaan tabiat sedikit demi sedikit dan bukannya dengan sekali hentak.
Hidup dalam keadaan semasa.
Tak ada orang yang sedang bermain bola, sedang bawa bola di kakinya mengimbau kisah kelmarin ketika dia mengelecek. Tak ada juga yang membayangkan masa depan, esok atau lusa bagaimana dia mendapat sorakan ketika menjaringkan gol. Itu semua akan berakhir dengan bola hilang dari kaki anda direbut pihak lawan.
Dalam apa saja sukan, orang yang sedar keadaannya, merasakan segala pergerakannya, melihat dengan jelas sekelilingnya dan berikan sepenuh tumpuan pada keadaan, ketika itu juga, dapat menguasai permainannnya dengan baik. Sedikit saja leka, tempo permainan akan terus sumbang.
Begitu juga dalam kehidupan. Orang yang hidup dalam keadaan semasa, sekarang dan di situ juga ditempat dia berada akan mendapat perasaan tenang dan merasakan kesyukuran.
Kehidupannya jadi cemerlang dan tidak dibayangi imbauan kenangan lalu dan tidak juga tergesa-gesa nak pegi ke masa hadapan yang belum tentu berlaku. Hasil kerjanya semua akan hebat dan bernilai tinggi.
Itulah semua yang anda boleh belajar dari sukan. Itu semua anda boleh terapkan dalam kehidupan jika anda seorang yang aktif bersukan. Sukan bukan tempat membuang masa dan tidak mengutip apa-apa untuk melatih diri menjalani kehidupan. Sukan juga bukan untuk dilihat semata-mata.
Tak ada orang yang sedang bermain bola, sedang bawa bola di kakinya mengimbau kisah kelmarin ketika dia mengelecek. Tak ada juga yang membayangkan masa depan, esok atau lusa bagaimana dia mendapat sorakan ketika menjaringkan gol. Itu semua akan berakhir dengan bola hilang dari kaki anda direbut pihak lawan.
Dalam apa saja sukan, orang yang sedar keadaannya, merasakan segala pergerakannya, melihat dengan jelas sekelilingnya dan berikan sepenuh tumpuan pada keadaan, ketika itu juga, dapat menguasai permainannnya dengan baik. Sedikit saja leka, tempo permainan akan terus sumbang.
Begitu juga dalam kehidupan. Orang yang hidup dalam keadaan semasa, sekarang dan di situ juga ditempat dia berada akan mendapat perasaan tenang dan merasakan kesyukuran.
Kehidupannya jadi cemerlang dan tidak dibayangi imbauan kenangan lalu dan tidak juga tergesa-gesa nak pegi ke masa hadapan yang belum tentu berlaku. Hasil kerjanya semua akan hebat dan bernilai tinggi.
Itulah semua yang anda boleh belajar dari sukan. Itu semua anda boleh terapkan dalam kehidupan jika anda seorang yang aktif bersukan. Sukan bukan tempat membuang masa dan tidak mengutip apa-apa untuk melatih diri menjalani kehidupan. Sukan juga bukan untuk dilihat semata-mata.
Libatkan diri dalam aktiviti sukan. Kalau anda dah tua berumur, terapkan pada anak-anak dan ajar mereka semua falsafah tersebut di atas. Ia akan jadi sikap diri secara automatik di luar sukan.
Mungkin sebab itu saya berada di sini di tempat saya ada sekarang. Sikap membaiki diri dan belajar dari pengalaman itu yang saya dapat serapkan dari aktiviti sukan yang saya ceburi.
Itupun tahap yang saya ada hanya sekadar tahap amatur dalam aktiviti sukan dart dan bukannya tahap pro, akan tetapi saya masih berjaya berdikari dan berusaha untuk menjadi pro suatu hari nanti.
Moga artikel ini memberikan sedikit pencerahan realiti kehidupan khas untuk mereka yang mahu berjaya. Tak kira dalam apa saja urusan anda samada bekerja atau berniaga. Moga sama-sama dapat kita belajar dari sukan dan amalkannya, Insyaallah!
#ItsAllAboutDarts #Amindarts
No comments:
Post a Comment