29 May 2015

WORLD CUP OF DARTS 2015 - MANA PASUKAN MALAYSIA ?


World Cup of Darts 2015 - Mana pasukan Malaysia ?

Dua tiga hari ini kecoh dalam FB ramai yang bercerita tentang ketiadaan pasukan Malaysia di dalam World Cup of Darts 2015 untuk edisi kali ini.

Semua sedia maklum pada World Cup of Darts 2014, negara kita menghantar saudara Thomat & Kesava Rao untuk membawa nama Malaysia akan tetapi mereka kecundang kepada pasukan Northern Ireland dengan mata 2 - 5.

Semasa PDC SAQ dalam kategori dart beregu yang berlansung di Sabah pada bulan Oktober 2014,  saudara Sangga Ismail & Mohd Ghazali Hassan dari Labuan mendapat naib johan pertandingan apabila kalah kepada Paul Lim & Harith Lim dari Singapore.

Untuk makluman, saudara Sangga Ismail & Mohd Ghazali Hassan dari Labuan automatik layak menyarung jersi Malaysia untuk Word Cup of Darts 2015.

Dan....

Pada tahun ini...tiada penyertaan dari pasukan Malaysia di World Cup of Darts.

Akan tetapi, posting kali ini bukan lah Amindarts nak bercerita KENAPA Malaysia tidak hantar penyertaan tetapi Amindarts mahu korang tahu bahawa orang yang bukan rakyat Malaysia begitu mengambil berat tentang pasukan Malaysia tetapi orang kita sendiri buat tak tahu jer mengenai hal ini [ tak mahu salahkan sesiapa ].

Nick name di FB bernama Ran Phm @ Pengiran Mohamed adalah pemain dart ternama di Brunei.

Apa yang beliau tulis di ruang komen FB Mohd Latif Sapup ini, bagi saya ianya amatlah terharu di sebabkan sokongan dan pendapat dari beliau.

Dah-dah...itu je Amindarts nak cerita...OK ?

P/s : Cerita sebenar dah ada...tapi biar lah rahsia...

#BersahabatMelaluiDarts #ItsAllAboutDarts



No comments:

Post a Comment