DARI kejauhan bunyi alunan lagu dan kerlipan cahaya lampu bagaikan menarik perhatian ramai. Semakin didekati kawasan itu, roda gergasi atau lebih dikenali ferris wheel antara yang paling jelas kelihatan dan berdiri gagah.
Sememangnya ferris wheel sejak sekian lama dan hampir di seluruh dunia menjadi identiti utama kepada sebuah tapak pesta ria atau lebih popular dengan panggilan fun fair.
|
Tidak ketinggalan kebiasaannya
fun fair di Malaysia turut mempunyai permainan berkonsepkan tikam dan menang
yang menawarkan pelbagai hadiah seperti patung, beg dan rantai kunci.
Antara permainan tikam popular
di fun fair termasuklah baling tin, pancing itik, baling gelung dalam botol,
bingo, tembak peluru dan baling dart.
|
|
Tidak cukup dengan
itu, lagu-lagu rancak yang dimainkan juga menarik perhatian orang ramai untuk
berkunjung ke tapak fun fair. Itulah
antara gambaran keseronokan yang terdapat di sebuah tapak fun fair.
Walaupun hari ini
bilangan tapak fun fair mungkin boleh dibilang dengan jari dan beroperasi di
pekan atau bandar kecil, namun hakikatnya sekitar tahun 80-an, ia satu fenomena
dalam kalangan masyarakat.
Hurmmm bestkan fun fair ini....
Persoalannya sekarang,
KORANG PERNAH MAIN DART TIKAM KAT FUN FAIR KE TAK ?
hahaha....jujur aku kata kan....best wooo !!!
|
No comments:
Post a Comment