28 April 2015

IMBASAN AMIN & HELMI DI DOUBLE DART JPPH 2015

Alhamdulillah kejayaan yang tak seberapa gah yang berjaya di pungut untuk tahun ini selepas berberapa tahun Amindarts tidak sertai mana-mana kejohanan dart atas masalah kesihatan. 

Berbekalkan semangat yang ada, dapat pulak ber'partner' dengan abam Helmi AADK walaupun ini kali pertama gandingan kami semangat lawan tetap lawan di teruskan walaupun gandingan kami di satukan di dalam kumpulan E yang mana keseluruhan pasukan yang berada di dalam kumpulan itu boleh di anggap 'jerung' & mantap.

Selesai kejohanan di dalam kumpulan...macam biasa kami yang 'nubis' ini tercampak lah ke 2nd Chance....( nasib ada 2nd chance, kalau tak pukul 4 ptg sudah duduk lepak kat Ali Maju tu ) #haha

Masuk sahaja ke pusingan kedua @ kalah mati, kami berusaha sedaya upaya dan akhirnya berjaya sampai ke semi final. Usaha untuk sampai ke final tidak kesampaian apabila oppenant lebih yakin kepada checkout mereka mana tak nya game pertama kami sudah ada rumah dan tinggal kan mereka dengan baki 2++ mata tapi sayang seribu kali sayang luck untuk checkout tak menjadi mungkin kerana terlalu berhati-hati menjaga rumah. Game kedua pun ceritanya hampir sama jugak.

Hasilnya, setakat semi final. Buat partner abam Helmi, jangan serik yek....ada rezeki kita bersatu kembali dan kepada follower blog ini jika terjumpa Amindarts di luar @ kejohanan dart rajin-rajinlah tegur boleh kita berkenal sapa... #TQpartner #BersahabatMelaluiDart #ItsAllAboutDarts

No comments:

Post a Comment