Sila Hubungi 019-2070 466 Jika Tuan/ Puan Memerlukan Perkhidmatan :- Sewaan DartBoard Stand | Khidmat Chalker @ Umpire | Pengelola Pertandingan | Perundingan Kejurulatihan | Pengiklanan Secara Atas Talian. Kami Sedia Membantu !!!

15 April 2015

DART UNICORN PAUL LIM AMINDARTS KE-3

  Ini kisah benar tau bukan tipu-tipu punya cerita. Hari tu Amindarts saje test kat satu group dart wasap tanya kot-kot ada sesiapa yang nak jual dart Unicorn T90 terpakai. Ingat nak cari T90 25g saja simpan untuk buat koleksi sebab reka bentuk barrelnya kan ke sama macam dart Paul Lim ni. 

  Alkisah untuk menjadikan cerita umpama drama melayu yang banyak kebetulan tetiba ada brader otai dari Melaka sent gambar dalam group cakap nak jual T90 23g. Mula-mula tengok pic macam tak rare sebab kusam benar barrelnya ( lihat pic atas ) tapi bila terpandang hujung barrel yang takde grip tu panjang semacam ( perbezaan Paul Lim dengan T90 ) terus Amindarts reply wasap bagitau brader tu " ok bang...saya on ambik dart tu....." dan brader tu kate dia nak jual RM130...pastu Amindarts reply bagitau lepas solat jumaat Amindarts call dia.

  Seperti yang di janjikan, lepas call brader tu terus ambik no akaun bank petang tu jugak Amindarts bank in duit tanpa minta tawar menawar harga ( sebab tahu kerarean nya ) dan sah lah dart itu akan mendapat tuan baru. #BarangRARE #CiteMelayuIntroMmgPanjang


  Khas untuk korang yang selalu ziarah blog ini, ini lah hasil daripada pembelian haritu. Dart ini Amindarts collect dari brader tu di GMH12 iaitu sabtu lepas. Lepas ambik dart ini terus tukar mata Target storm silver 30mm dekat Abg Rafee walaupun masa GMH12 aritu ada seller yang duk niaga kat PDCkajang.

  Mata dart dah berkilat, barrel dart sesangat la kusam balik rumah terus rendam dalam air panas beberapa kali pastu Amindarts guna sikit kepakaran yang ada untuk mengilatkan barrel ini dan hasilnya korang lihat gambar di atas.

  Bila dah cantik berkilat terus Amindarts bandingkan dengan dart Unicorn Paul Lim yang sedia ada hasilnya confirm sama. Tak percaya ? klik di sini ---> PAUL LIM

Moral of the story - jangan malu bertanya, rezeki ada di mana-mana dan yang penting dah ada buyer yang offer RM300 untuk dart ini, tapi sori to say...no no no #IsBarangBaek #UnicornPaulLim


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...