5 March 2015

SKODENG KOMEN FB PILIHAN AMINDARTS

Komen pilihan Amindarts,

Ya...Amindarts amat setuju dengan komen brader ini tentang ape yang dia tulis tu. korang setuju tak? kalo tak setuju tak mengapa kerana itu hanyalah pendapat brader ini. tiada paksaan cuma angguk kepala satu kali je jika korang setuju.


Bagi Amindarts la kan, zaman bukan lah berada di takuk yang lama. Semua orang tau zaman akan beredar dari semasa ke semasa. Kalau dulu di sekitar lembah klang nama BUMI SEPANG begitu gah di persada arena dart bumiputera. Ada saja kejohanan yang dorang buat. Tup tup dua tiga tahun ni senyap plak. Kemana mereka ? Amindarts pun tak tahu bhahaha...jangan marah arr.

Sebenarnya bukan saja Bumi Sepang di Selangor saja yang aktif masa tu, darters - darters dari negeri Perak, Johor, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan lain-lain negeri pun aktif jugak. Cuma kita pada tahun itu tak tau adanya kejohanan. Sebab ? hehe sendiri fikir...

Dan sebenarnya, tahun 2010 bukan lah zaman "kurang" nya kejohanan dart. Cuma tahun tu berapa ramai pemain dart yang bergiat aktif dengan melayari facebook , membaca di blog-blog dan melayari internet ? masa tu berapa kerat yang cerdik IT ? susah nak cakap kan? sebab kurangnya pekara-pekara yang Amindarts tulis tu lah yang menjadikan ape yang brader tu kate. 

" MEDIA MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MEMBENTUK PEMBANGUNAN SESUATU AKTIVITI..."

Najib Tun Razak


Ok...saja Amindarts warnakan merah pada ayat di atas. Media ? ya!!! media...zaman sekarang ini tanpa media suram lah segala aktiviti. Tanpa media kurang la sambutan sesuatu acara. Kalau zaman dulu media kita di sampaikan dari seseorang ke seseorang. Jika salah seseorang itu gagal menyampaikan maka pasti terjadinya sesuatu yang tidak bagus pada aktiviti itu ( hanya pendapat Amindarts ) jika anda tidak setuju tidak mengapa. :P


Untuk makluman korang, bermula awal tahun 2015 Amindarts akan merekodkan segala kejohanan dart dari bulan Januari sampai Disember untuk melihat berapa banyak kejohanan dart telah berlansung di Malaysia. Kejohanan yang akan direkodkan nanti berdasarkan kejohanan terbuka, kejohanan tertutup (jika di maklumkan pada Amindarts ) , kejohanan Jabatan/Agensi serta kejohanan komuniti amal ( seperti komuniti Taman Seroja BBST pernah anjurkan ). 

BUDGET ??? dari awal bulan satu sampai la ke hari ini ( 05 Mac 2015 ) di anggarkan 15 hingga ke 20 kejohanan telah berlansung. Ent fee paling koman yang di kenakan adalah sebanyak RM50 ( itu pun kategori single ). Bab budget seperti brader tu tulis....perghhh memang pening kepala bagi korang yang bersendirian berhad. Untuk yang di sponsor...untung la...takyah pening-pening kepala pasal $$$. Ada game main jela. Yang bersendirian berhad tu jika nak di sponsor, main bagus-bagus yek...

Jadi !!! sebagai blogger perantaraan di antara penganjur dan peserta, Amindarts akan sedaya upaya memberikan korang info-info terkini tentang perkembangan dart di negara kita ini. Rajin-rajin la korang menziarahi blog Amindarts ini, Insyaallah setiap hari pasti ada posting baru untuk tatapan korang.

Dan...dan...terima kasih kerana sudi membaca dari awal sampai akhir. #ItsAllAboutDarts #JomMainDart





No comments:

Post a Comment