9 March 2015

CERITERA AMINDARTS @ DART BEREGU MESCA 2015

Kejohanan ke-2 pada tahun 2015 yang Amindarts sertai membuahkan hasil. Jika sebelum ini menjadi champion 2nd chance GMH10 revenge kali ini layak pula ke Semi Final  winner pool Kejohanan Dart Beregu Amatur Mesca 2015.

Beraksi atas jemputan Abang Man Mesca yang beriya-iya menjemput agar Amindarts berpasangan dengan Asmadi untuk membawa nama CDT @ Mesca untuk kejohanan ini tidak lah begitu kekok walaupun kitorang belum pernah berpasangan mahu pun berlatih bersama. Tetapi...ini lah di namakan rezeki.
Semasa di dalam kumpulan, tidak banyak cabaran yang kitaorang terima di sebabkan dua dari tiga oppenant disertai oleh pasangan wanita. Tetapi bila masuk pusingan ke-2 mula lah rasa panik sikit di sebabkan sudah masuk ke level kalah mati dan mungkin cabaran sengit akan berlaku al maklum lah dart balingan Amindarts ini bersepah-sepah umpama utara selatan timur barat :P

Tapi apa nak hairan...kalah menang adat pertandingan...layan je la...jiwa masa tu kasi kental sikit, semangat kasi ikat ketat kuat-kuat, ambik sikit aura dart Paul Lim kasi layan feel...baru la power ranger.

Susur jalur kitaorang sebelum layak ke semifinal. Banyak rintangan yang kitaorang tempuhi tapi apadahal lawan tetap lawan cuma masa game nak ke final kitaorang kecundang mana tak nya jumpa team XPWD, Shah buka je game terus score 177... mau tak nangis oppenant kalo point camtu....bhaha lunyai...
Nah!!! ini lah hasilnya, memang tak sangka tapi inilah hakikat yang mana nama Amindarts tercatit didalam senarai pemenang kejohanan tersebut. Buat Asmadi, adakala Amindarts kandar awak dan adakala awak kandar Amindarts...ada keserasian , ada komunikasi & nampak hasilnya....TQ partner!!!


No comments:

Post a Comment