Striker 2 dalam 1 " main karom jiwa dart " |
Bila sudah syok main karom,seperti biasalah aku akan searching la info mengenai sukan karom ini terutama striker dan alatan lain. Bukan apa, brader-brader otai kat opis aku ni semua pakai striker sendiri siap ada logo dan nama lagi. Dan apalagi beb, jiwa aku pun memberontak nak jugak macam dorang. Baru rare untuk menjiwai hobi baru ini haha ( gelak jahat ). Dapat info dari satu blog ini, beliau ada menjual striker hand made yang diperbuat daripada bola snuker dan boleh letak logo sama nama. Niat " aku mesti buat jugak ". hehe. Disini ada sedikit info pasal striker untuk pengetahuan korang. ** Striker karom antarbangsa berwarna putih dan hitam pula adalah gundu
karom tempatan. Perbezaan ketara dari saiz, tebal dan berat. Striker
karom antarabangsa mestilah berat tidak lebih dari 15 gms dan saiz tidak
lebih dari 4.13 sm. Manakala gundu karom tempatan berat dan saiz tidak
selaras dan berbeza.( Copy paste )
Contoh status whatsapp kawan aku...hebat boh !!! |
Sejak terjebak hobi baru ni, baru la aku tau sebagai individu yang minat bersukan aku seharusnya mempunyai minat dan hobi kegemaran pada sukan-sukan lain jugak. Lagi banyak sukan yang diceburi bukan sahaja menyihatkan tubuh badan tetapi yang sebenarnya dapat juga mengeratkan silaturahim sesama umat. " main karom jiwa dart "
Ada bantahan ???
No comments:
Post a Comment