Sila Hubungi 019-2070 466 Jika Tuan/ Puan Memerlukan Perkhidmatan :- Sewaan DartBoard Stand | Khidmat Chalker @ Umpire | Pengelola Pertandingan | Perundingan Kejurulatihan | Pengiklanan Secara Atas Talian. Kami Sedia Membantu !!!

8 July 2014

DART vs KAROM

Hobi baru ??? yaya ~~ ini lah hobi baru aku di bulan puasa ni. Permainan yang kurang mengeluarkan tenaga tetapi memerlukan kepandaian, strategi, ketepatan dan kesabaran. Mula-mula main tak lah best sangat, lepas dua tiga round jadi syok plak. Layan je sbb game relax & puas duduk. Untuk pengetahuan korang sukan karom boleh dianggap satu permainan yang sudah lama dimainkan di Malaysia. Dari kecil sehingga ke hari ini ramai di antara kita mengetahui permainan tersebut. Tidak keterlaluan jika dikatakan sukan ini mungkin tergolong di dalam permainan tradisi Malaysia seperti congkak, dam aji dan lain-lain.
Striker 2 dalam 1 " main karom jiwa dart "
Bila sudah syok main karom,seperti biasalah aku akan searching la info mengenai sukan karom ini terutama striker dan alatan lain. Bukan apa, brader-brader otai kat opis aku ni semua pakai striker sendiri siap ada logo dan nama lagi. Dan apalagi beb, jiwa aku pun memberontak nak jugak macam dorang. Baru rare untuk menjiwai hobi baru ini haha ( gelak jahat ). Dapat info dari satu blog ini, beliau ada menjual striker hand made yang diperbuat daripada bola snuker dan boleh letak logo sama nama. Niat " aku mesti buat jugak ". hehe. Disini ada sedikit info pasal striker untuk pengetahuan korang. ** Striker karom antarbangsa berwarna putih dan hitam pula adalah gundu karom tempatan. Perbezaan ketara dari saiz, tebal dan berat. Striker karom antarabangsa mestilah berat tidak lebih dari 15 gms dan saiz tidak lebih dari 4.13 sm. Manakala gundu karom tempatan berat dan saiz tidak selaras dan berbeza.( Copy paste )

Contoh status whatsapp kawan aku...hebat boh !!!

Sejak terjebak hobi baru ni, baru la aku tau sebagai individu yang minat bersukan aku seharusnya mempunyai minat dan hobi kegemaran pada sukan-sukan lain jugak. Lagi banyak sukan yang diceburi bukan sahaja menyihatkan tubuh badan tetapi yang sebenarnya dapat juga mengeratkan silaturahim sesama umat. " main karom jiwa dart "

Ada bantahan ???



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...