10 April 2013

Eksklusif Bersama Colin ‘Jaws’ Lloyd

Colin ‘Jaws’ Lloyd
Essex bukanlah sebuah daerah bolasepak berbanding kawasan-kawasan lain di England. Disini, sukan kriket diangkat lebih tinggi berbanding sukan-sukan lain. Namun begitu, di daerah ini jugalah lahirnya seorang jaguh sukan dart antarabangsa yang pernah mencipta kontroversi beberapa tahun lalu akibat menumbuk papan dart akibat kecewa dengan prestasi permainannya.
Colin ‘Jaws’ Llyod adalah bekas pemain ranking nombor 1 dunia dalam sukan dart. Kedatangan pemain professional yang menduduki ranking ke-22 dunia ini ke Malaysia tetap disambut meriah pengikut serta pemain dart Malaysia yang mendapat peluang untuk mengenali pemain ini dengan lebih dekat lagi.
Bukan setakat itu, kehadiran Colin yang dibawa syarikat CarNCo je Malaysia ini turut memberi peluang buat pemain-pemain tempatan beradu tenaga dengan pemain yang mempunyai karisma tersendiri diatas gelanggang ini.
Ikuti temubual eksklusif Dunia Sukan yang telah diberi peluang untuk menemubual Colin semasa beraksi dalam ‘JAWS Malaysia Tour’ di Century Club, USJ Summit pada Khamis.
_________________________________________________________________
S: England merupakan sebuah negara bolasepak. Ramai anak muda yang mengimpikan untuk menjadi bintang bolasepak seperti Beckham, Rooney, Gerard dan ramai lagi. Namun anda memilih sukan dart. Kenapa?
Sebenarnya dart juga sangat popular di England. Disana sukan ini dimainkan segenap lapisan masyarakat sama ada di pub atau dirumah. Saya sendiri bermula di rumah. Ketika itu abang saya membeli peralatan dart. Saya mencubanya sehinggalah berjaya mengalahkan abang saya. Hingga kini, saya masih lagi lebi hebat dari abang saya.
Walaubagaimanapun saya tetap seperti kebanyakan penduduk England yang lain iaitu menggilai bolasepak dan saya merupakan penyokong tegar Colchester United.

S: Pertama kali berada di Malaysia, apa perasaan anda? Apakah yang paling mengujakan anda tentang Malaysia?
Cukup menyeronokkan. Saya harus akui rakyat Malaysia sangat peramah. Mereka sentiasa melemparkan senyuman dan itu membuatkan saya sentiasa gembira berada disini. Sambutan dari peminat tempatan juga agak memberangsangkan. Saya yakin dart akan berkembang di Malaysia nanti.

S: Bercakap mengenai dart di Malaysia, anda berpeluang bermain dengan pemain-pemain tempatan sepanjang berada disini. Apa pendapat anda mengenai mereka?
Mereka ada kualiti namun masih banyak yang perlu diperbaiki untuk setanding dengan pemain-pemain profesional antarabangsa. Harus diingat, banyak perkara perlu dikorbankan jika mereka mahu mencapai kejayaan lebih jauh lagi. Saya misalnya, terpaksa korbankan masa dengan keluarga dan rakan-rakan untuk berlatih dan bermain di kejohanan-kejohanan sluruh dunia.


S: Bagaimana anda mendapat gelaran ‘Jaws’?
Nama tersebut sudah digunakan sejak saya bersekolah rendah lagi. Ketika itu saya mempunyai gigi yang taring seakan ikan jerung. Jadi disitulah melekatnya nama ‘Jaws’ ini.

S: Sebagai pemain dart yang disegani dimana anda telah memenangi banyak kejuaraan disamping pernah menduduki ranking pertama dunia selama 2 tahun, boleh kongsikan tips kejayaan anda?
Petuanya mudah. Kalau anda tewas, jangan mudah mengalah. Bangkit dari kekalahan tersebut dan terus berlatih, berlatih dan berlatih.

S: Selain itu, bagaimanakah caranya untuk meningkatkan tahap permainan?
Saya sarankan jangan hanya bermain dalam kelompok rakan-rakan anda. Kalau anda mahu terus maju dan meningkat, anda berlu bersaing dengan kelompok lain. Dari situ skill dan pengalaman anda akan meningkat.

S: Bertahun-tahun anda sudah berkecimpung dalam sukan dart ini. Sampai bila agaknya mahu teruskan dengan karier ini? Ada perancangan untuk bersara?
Tidak. Dart adalah kehidupan saya. Jika saya sudah tidak bermain dart lagi, itu maknanya saya sudah tiada lagi didunia ini. Saya seorang pemain profesional. Dart telah membawa saya terbang ke seluruh dunia. Tidak terlintas langsung perasaan mahu bersara dan saya akan teruskan kerjaya saya ini sampai bila-bila.



#Sumber-Syamil Sohim@Dunia Sukan


No comments:

Post a Comment