Sila Hubungi 019-2070 466 Jika Tuan/ Puan Memerlukan Perkhidmatan :- Sewaan DartBoard Stand | Khidmat Chalker @ Umpire | Pengelola Pertandingan | Perundingan Kejurulatihan | Pengiklanan Secara Atas Talian. Kami Sedia Membantu !!!

6 March 2013

Berita Dart Dari Brunei

Para pemenang dari Brunei Darussalam bersama naib presiden BNDA Haji Salim (berdiri empat kiri).
KOTA KINABALU, 4 Mac - Persembahan mantap pasukan Dart Waqi Brunei One berbaloi apabila muncul naib juara setelah 15 pasukan berentap dalam Kejohanan Dart Terbuka Antarabangsa Sabah VIII untuk kategori berpasukan di Dewan Kemasyarakatan Kota Kinabalu Ahad lalu.

Dart Waqi Brunei One yang dibarisi oleh Pg Mohamed bin Pg Haji Matarsad (ketua), Mohd Hairulazman bin Hj Bujang, Hamizan bin Othman dan Saiful Rizal bin Ridzwan terpaksa akur kepada kehebatan pasukan tuan rumah PDC Izing Darters yang muncul juara setelah kiraan tie-break 8-7.

Juara PDC Izing menerima wang tunai RM7,000 berserta piala dan naib juara Waqi Brunei One membawa pulang RM3,000 berserta piala dan tempat ketiga dan keempat adalah Pea's Co Darters (Brunei) dan Hotel Maluri Dart Team dari Kuala Lumpur yang masing-masing membawa pulang RM1,200 berserta piala.

Bagi perseorangan lelaki, Victor dari pasukan Fluckers (Kuala Lumpur) muncul juara setelah menewaskan rakan sepasukan Jaya pada perlawanan akhir. Victor membawa pulang habuan RM1,700 berserta piala dan Jaya menerima RM800 bersama piala.
Bagi perseorangan wanita pula, pemain dari Sarawak Yot muncul juara menerima RM600 beserta piala setelah mengalahkan pemain dari Sabah Lucy. Lucy membawa pulang RM300 berserta piala. Manakala pemain dart wanita negara Dyg Kamariah bte Haji Suhai mendapat tempat kelima.

#mediapermata

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...