Sila Hubungi 019-2070 466 Jika Tuan/ Puan Memerlukan Perkhidmatan :- Sewaan DartBoard Stand | Khidmat Chalker @ Umpire | Pengelola Pertandingan | Perundingan Kejurulatihan | Pengiklanan Secara Atas Talian. Kami Sedia Membantu !!!

26 June 2015

MATA DART EDISI RARE

Perghhh bersilau-silau....
Amacam bro ? cun tak mata dart 50mm hasil seni tangan Amindarts.
Tapi....
Ini dulu punya kisah...sekarang dah tak layan mata dart ini...back to normal :)

Posting iklan khidmat masyarakat perkongsian bersama.


Ini contoh perbezaan mata dart sebelum dan selepas bikin menjadikannya edisi rare. Panjang mata dart 50mm ini bila baling dia pun goyang memang cun ala-ala goyang inul.

Kebaikannya ?
Pakailah papan dart zaman berzaman sekali pun baling lah dart pakai mata ini....pasti melekat.

Keburukannya ?
Senang patah kalau tak jaga dengan betul. Itu je.

Untuk makluman korang,
mata dart 50mm ini biasa-biasa sahaja...

Gambar kat bawah ni contoh mata dart lagi terbaek...

MATA DART " L-KEY "

Pencipta pertama yang berjaya mengeksperimen L-key sebagai mata dart belum dapat diketahui identitinya.

Ini mata dart hasil daripada L-Key. Panjang ukurannya lebih kurang 57mm.

Mata dart L-key ini Amindarts dapat daripada sifu Nasir Bomba. Dulu, beliau memang tegar mengunakan mata dart jenis ini.

Nak buat mata dart mengunakan L-key ini bukan senang. Sebab kena cari saiz yang sesuai untuk lubang barrel dart.

Selain L-key...ada jugak benda lain yang boleh di jadikan mata dart. Contoh baca komen dari brader ini...(komen 2 tahun lepas).



"Gerard G.Entigar.... " L Key (Hex Key) ada weight bro...i pernah buat..kalau nak yg lebih ringan & x mudah patah/blunt point, cuba guna jarum pakai jahit canvas..kat swk org panggil jarum india atau taspery needles...ni x ada weight lansung & pjg maksimum boleh buat dlm 42 mm...byk jarum i buat mcm ni tp ada groove & takat utk 'snap' incase patah agar ia mudah di cabut...normally sya pakai super glue...yg penting goyang gerudi inul jarum ni..x goyang x syiok...haha..



Sekarang ini, pakar dalam bidang pembikinan mata dart L-key jatuh kepada sifu Helmi AADK. 

Gambar di atas adalah contoh mata dart L-key yang berjaya di cipta oleh sifu Helmi. Bukan calang-calang orang mampu menghasilkan hasil seni macam ini.

Selain menghasilkan mata dart L-key, sifu Helmi juga mengunakan mata dart ini apabila beraksi di hadapan papan dart.

Tak percaya ?
Perhatian beliau setiap kali ada kejohanan dart.

#HelmiTheLejen #MataDartRARE
#ItsAllAboutDarts #Amindarts


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...