Sila Hubungi 019-2070 466 Jika Tuan/ Puan Memerlukan Perkhidmatan :- Sewaan DartBoard Stand | Khidmat Chalker @ Umpire | Pengelola Pertandingan | Perundingan Kejurulatihan | Pengiklanan Secara Atas Talian. Kami Sedia Membantu !!!

15 May 2015

FUN FAIR DAN DART BERPISAH TIADA

DARI kejauhan bunyi alunan lagu dan kerlipan cahaya lampu bagaikan menarik perhatian ramai. Semakin didekati kawasan itu, roda gergasi atau lebih dikenali ferris wheel antara yang paling jelas kelihatan dan berdiri gagah. 

Sememangnya ferris wheel sejak sekian lama dan hampir di seluruh dunia menjadi identiti utama kepada sebuah tapak pesta ria atau lebih popular dengan panggilan fun fair.

Tidak ketinggalan kebiasaannya fun fair di Malaysia turut mempunyai permainan berkonsepkan tikam dan menang yang menawarkan pelbagai hadiah seperti patung, beg dan rantai kunci.

Antara permainan tikam popular di fun fair termasuklah baling tin, pancing itik, baling gelung dalam botol, bingo,  tembak peluru dan baling dart.

Tidak cukup dengan itu, lagu-lagu rancak yang dimainkan juga menarik perhatian orang ramai untuk berkunjung ke tapak fun fair.  Itulah antara gambaran keseronokan yang terdapat di sebuah tapak fun fair.

Walaupun hari ini bilangan tapak fun fair mungkin boleh dibilang dengan jari dan beroperasi di pekan atau bandar kecil, namun hakikatnya sekitar tahun 80-an, ia satu fenomena dalam kalangan masyarakat. 

Hurmmm bestkan fun fair ini....

Persoalannya sekarang, 

KORANG PERNAH MAIN DART TIKAM KAT FUN FAIR KE TAK ?

hahaha....jujur aku kata kan....best wooo !!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...