Sila Hubungi 019-2070 466 Jika Tuan/ Puan Memerlukan Perkhidmatan :- Sewaan DartBoard Stand | Khidmat Chalker @ Umpire | Pengelola Pertandingan | Perundingan Kejurulatihan | Pengiklanan Secara Atas Talian. Kami Sedia Membantu !!!

29 April 2015

HARROWS WEAPON SERIES KUNAI 18G

Harrows Weapon Series - Kunai 18g 
Sudah berbulan misi mencari dart Harrows Weapon Series - Kunai dan akhirnya berjaya jugak memiliki dart ini. Sebelum ini Amindarts bersusah payah mencari dart ini di pasaran online terutama di semua dart online shop kat UK mahu pun tempatan habis kena redah. Hasilnya mengecewakan....


Hari itu nampak pula posting seller di group fb Dart Buy Sell ada yang menjual dart Harrows Weopon Series ini. Selepas ber'pm'...series Kunai yang di hajati tiada stok bila nak pre order bermacam-macam alasan di beritahu disebabkan dart ini kehabisan stok, special edition la dan ada jugak yang kata dart ini versi lama jadi tiada pengeluaran lagi buat masa sekarang. It's ok bro...

...dan nak menjadikan cerita, hari tu saja je tanye sifu dart soft tip Malaysia brader MK, sembang-sembang dalam wasap tanya pasal dart ini kot-kot dia bole order kan or tahu kat mana nak cari. Sponton brader MK cakap suruh cari di Jdarts Malaysia. Dapat sahaja info ini, terus search Jdarts Malaysia kat fb. Jumpa pages da terus ber'pm'....

Dapat reply dari admin pages bagitahu dart tu ada jual di kedai mereka...last stok katanya....terus booking dan hari ahad lepas terus pegi ke Jdarts Malaysia yang terletak di Seri Petaling, KL.

Masuk ke kedai Jdarts Malaysia tu terus jumpa amoi yang jaga kaunter tu dan tunjukan gambar dart ini. Amoi tu kata " eh...u ka yang chat sama i....Amindarts jawab 'iyela...i la....amoi tu senyum dan kata nak bagi 20% diskaun....memang cun lah termasuk amoi tu haha....

Selesai pembelian...alhamdulillah tercapai hajat nak memiliki dart ini....kenapa Amindarts teruja sangat dart ini ? sebab barrel design dan grip nya ada iras-iras dart Unicorn Paul Lim :) #ItsAllAboutDarts

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...