Sila Hubungi 019-2070 466 Jika Tuan/ Puan Memerlukan Perkhidmatan :- Sewaan DartBoard Stand | Khidmat Chalker @ Umpire | Pengelola Pertandingan | Perundingan Kejurulatihan | Pengiklanan Secara Atas Talian. Kami Sedia Membantu !!!

31 March 2015

AMINDARTS @ SINGLE AMATUR "B" KUALA LUMPUR

Di tempatkan di dalam kumpulan " L" bersama peserta-peserta lain. Daripada 6 orang hanya 4 orang peserta sahaja yang berani mempamerkan diri untuk bertarung. Kesemua yang ada dalam group ini mempunyai misi tersendiri. Untuk Amindarts hanya ada tiga sahaja misi #mestimenang #matikanlawanlebihawal #mestijuara itu sahaja. Alhamdulillah nombor dua dalam kumpulan. Next !!!

Masuk ke pusingan kedua, terus dapat " bye "....dan di sebabkan bye ini lah Amindarts membeku kerana menunggu giliran berikutnya yang makan masa ( orang kampung kata berjinggut nunggu ). Top 32 Amindarts akan bertarung dengan brader dari MAS Darters, sori bro, nama lupa lak. Masa game tu, Amindarts tibai brader tu 3 - 0 tanpa belas ehsan di sebabkan misi #mestijuara. Akhirnya berjaya ke Top 16...hooyeahh!!!

Rezeki hanya di Top 16 saje apabila pertarungan ke Top 8 misi Amindarts di ambush oleh Jamil Tresel ( anak murid Azmi Dury ). Saingan memang agak sengit di sebabkan sama-sama mau menang. Kalah 2 - 3 tidaklah mendukacitakan Amindarts kerana semangat lawan tetap lawan memang membara dan hanya itu yang termampu dilakukan.

Buat urusetia pertandingan Encik Red , encik memang torbaik anjur game untuk amatur siap ada gred lagi. Selepas ini encik boleh teruskan agenda encik untuk game amatur ini. Amindarts sentiasa menyokong kejohanan amatur yang encik anjurkan. Yang bestnya game encik ini sudah pastinya apabila Top 16 pun ada duit. Bhaha #ItsAllAboutDarts #BersahabatMelaluiDart


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...