Sila Hubungi 019-2070 466 Jika Tuan/ Puan Memerlukan Perkhidmatan :- Sewaan DartBoard Stand | Khidmat Chalker @ Umpire | Pengelola Pertandingan | Perundingan Kejurulatihan | Pengiklanan Secara Atas Talian. Kami Sedia Membantu !!!

22 January 2015

TAHNIAH, ANDA TELAH MEMENANGI LELONGAN INI ( EBAY - UNICORN DARTS PAUL LIM )



Aritu, rasenya 08 Jan Amindarts sesaje la buka ebay. Try la search dart Unicorn Paul Lim. Tetiba hasil carian terkeluarlah item search " Rare Paul Lim Unicorn 21g Dart Set ". Usha punya usha, zoom sana zoom sini...eh macam berkenan plak dengan dart ni walaupun second hand. Dari pemerhatian dart ni kaler gold tapi mungkin dah lama gold pun dah hilang. Seller letak berat 21g tapi dekat gambar dan keterangan item 23g. Mungkin seller penin sebab banyak barang nak lelong kot. Usha plak bila due date bid nya...aisyehh lambat lagi pastu time ended jam 3.10 pagi waktu Malaysia...adoyai tak leh tido la jawabnye. 


Kat opis saje borak borak ngan member pasal dart ni sebab nak beli kat ebay, atas khidmat nasihat member yang pro dalam bidang mem "bid" ni, dorang kate jangan bid, usha je, sampai time pulun. 


Waktu dah time, sebelum tido bid satu kali dan set alarm pukul 3 pagi. Ngam waktu terus online ebay takot ada buyer lain yang bid, Alhamdulillah rezeki itu milik Amindarts.



Setelah kejayaan dikecapi (ceh ayat poyos )...pagi pagi sampai je opis terus online payment Paypal kasi setel ini payment berjumlah £ 26.00 bersamaan RM 140.32 campur duit pos RM 49.15 itu lah jumlah yang perlu dibayar oleh Amindarts untuk memiliki dart Unicorn Paul Lim yang rare ini yang sudah pupus ditelan zaman. Zaman ni mana dapat dah dart Paul Lim harga gitu, tak caya tanya Mr. Somet from Malaysia.

Dari aritu sampai posting arini dikeluarkan dah 8 hari shipping, estimated delivery 23 Jan hingga 03 Feb harap harap minggu depan sampai la, sebab dah tak sabar nak cukup kan koleksi ke-3 Unicorn Paul Lim. Sekejap je dah 3 set hehe dan kepada yang sudi membaca coretan ini mekaceh yek dan jangan plak kate Amindarts ni jakun plak sebab for your information ini baru kali kedua Amindarts berurusan dengan ebay. hehe #ItsAllAboutDarts





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...