Sila Hubungi 019-2070 466 Jika Tuan/ Puan Memerlukan Perkhidmatan :- Sewaan DartBoard Stand | Khidmat Chalker @ Umpire | Pengelola Pertandingan | Perundingan Kejurulatihan | Pengiklanan Secara Atas Talian. Kami Sedia Membantu !!!

25 November 2014

KOLEKSI DART UNICORN PAUL LIM

Koleksi yang tidak dirancang, tetiba sepasang dart Unicorn Paul Lim menjadi simpanan peribadi Amindarts. Hanya orang tertentu sahaja yang minat dan tahu akan nilai pasaran dart ini. Tak percaya?  cer korang selidik sendiri.

Dart steel tip Unicorn Paul Lim berat 23 gram. Tulisan Unicorn dan signature jelas kelihatan pada barrel dart ini. Boleh di katakan kondisinya 7/10. Sila lihat gambar.

Kalau dah ada steel tip semestinya soft tip pun kena ada kerana zaman sekarang soft tip semakin mendapat perhatian yang luar biasa. Ini pula pasangannya dart soft tip Unicorn Paul Lim CC885 berat 16 gram. Yang ini kondisinya sangat terbaik iaitu 10/10 masih ada kotak, shaft dan flight original yang ada tandatangan Paul Lim.

Hahhhh !!! yang ni bukan koleksi Amindarts tau tapi Insyaallah suatu hari nanti ianya pasti menjadi milik Amindarts. Tuan empunya dart Unicorn Paul Lim Gold 23 gram ini masih menyimpannya dengan amat sempurna di mana dart ini masih di dalam kotak original dan kondisi barrel yang lansung tiada calar kerana mengikut kata pemiliknya, dart ini sudah melebihi 10 tahun dalam simpanan beliau dan beliau sendiri tidak sanggup mengunakan dart ini kerana tahu akan nilai dan eksotiknya dart ini. Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...