Sebenarnya takde apa yang nak diceritakan pada korang ni, al-maklum lah
kita sekarang berada di bulan Ramadhan bulan mulia. Segala aktiviti banyak
dikurangkan dan memperbanyakan amal ibadat. Jadi untuk tatapan korang
saya persembahkan koleksi yang tak seberapa rare ini untuk dikongsi
bersama.
|
Koleksi dart Phil "The Power" Taylor yang pertama barrel Silver ialah dart Phil Taylor Hero 95% tungsten berat 21g mengunakan mata Target Storm, koleksi kedua dart Phil Taylor Hero Soft Tip Gold 95% tungsten berat 20g dan koleksi ketiga dart Phil Taylor Phase 1 Gold Purist 18g. Untuk makluman korang, kesemua koleksi keluaran Unicorn ini bersatu di dalam wallet Phil Taylor Hybrid Denim Blue. Next ~~~ |
|
Koleksi seterusnya adalah keluaran Unicorn juga iaitu dart Raymond van Barneveld aka Barney. Tiga set dart World Champion Barney barrel Gold , Silver & Black Titanium berjaya dikumpul. Barrel Gold berat 21g mengunakan mata Target Storm Gold juga untuk menampakan keemasan ke"rare"an dart ini. Bagi barrel Silver pula, beratnya juga sama seperti yang Gold tadi, 21g mengunakan mata Target Storm Black dan barrel Black Titanium pula adalah dart Soft Tip berat nya adalah 19g mengunakan mata Target Titanium Pro Black. Kesemua koleksi ini mengunakan wallet Phil Taylor Hybrid Denim Graphite. Next ~~~ KO ADO ??? |
No comments:
Post a Comment