Colin ‘Jaws’ Lloyd |
Essex bukanlah sebuah daerah bolasepak berbanding kawasan-kawasan
lain di England. Disini, sukan kriket diangkat lebih tinggi berbanding
sukan-sukan lain. Namun begitu, di daerah ini jugalah lahirnya seorang
jaguh sukan dart antarabangsa yang pernah mencipta kontroversi beberapa
tahun lalu akibat menumbuk papan dart akibat kecewa dengan prestasi
permainannya.
Colin ‘Jaws’ Llyod adalah bekas pemain ranking nombor 1 dunia dalam
sukan dart. Kedatangan pemain professional yang menduduki ranking ke-22
dunia ini ke Malaysia tetap disambut meriah pengikut serta pemain dart
Malaysia yang mendapat peluang untuk mengenali pemain ini dengan lebih
dekat lagi.
Bukan setakat itu, kehadiran Colin yang dibawa syarikat CarNCo je
Malaysia ini turut memberi peluang buat pemain-pemain tempatan beradu
tenaga dengan pemain yang mempunyai karisma tersendiri diatas gelanggang
ini.
Ikuti temubual eksklusif Dunia Sukan yang telah diberi peluang untuk
menemubual Colin semasa beraksi dalam ‘JAWS Malaysia Tour’ di Century
Club, USJ Summit pada Khamis.
_________________________________________________________________
S: England merupakan sebuah negara bolasepak. Ramai anak
muda yang mengimpikan untuk menjadi bintang bolasepak seperti Beckham,
Rooney, Gerard dan ramai lagi. Namun anda memilih sukan dart. Kenapa?
Sebenarnya dart juga sangat popular di England. Disana sukan ini
dimainkan segenap lapisan masyarakat sama ada di pub atau dirumah. Saya
sendiri bermula di rumah. Ketika itu abang saya membeli peralatan dart.
Saya mencubanya sehinggalah berjaya mengalahkan abang saya. Hingga kini,
saya masih lagi lebi hebat dari abang saya.
Walaubagaimanapun saya tetap seperti kebanyakan penduduk England yang
lain iaitu menggilai bolasepak dan saya merupakan penyokong tegar
Colchester United.
S: Pertama kali berada di Malaysia, apa perasaan anda? Apakah yang paling mengujakan anda tentang Malaysia?
Cukup menyeronokkan. Saya harus akui rakyat Malaysia sangat peramah.
Mereka sentiasa melemparkan senyuman dan itu membuatkan saya sentiasa
gembira berada disini. Sambutan dari peminat tempatan juga agak
memberangsangkan. Saya yakin dart akan berkembang di Malaysia nanti.
S: Bercakap mengenai dart di Malaysia, anda berpeluang
bermain dengan pemain-pemain tempatan sepanjang berada disini. Apa
pendapat anda mengenai mereka?
Mereka ada kualiti namun masih banyak yang perlu diperbaiki untuk
setanding dengan pemain-pemain profesional antarabangsa. Harus diingat,
banyak perkara perlu dikorbankan jika mereka mahu mencapai kejayaan
lebih jauh lagi. Saya misalnya, terpaksa korbankan masa dengan keluarga
dan rakan-rakan untuk berlatih dan bermain di kejohanan-kejohanan sluruh
dunia.
S: Bagaimana anda mendapat gelaran ‘Jaws’?
Nama tersebut sudah digunakan sejak saya bersekolah rendah lagi.
Ketika itu saya mempunyai gigi yang taring seakan ikan jerung. Jadi
disitulah melekatnya nama ‘Jaws’ ini.
S: Sebagai pemain dart yang disegani dimana anda telah
memenangi banyak kejuaraan disamping pernah menduduki ranking pertama
dunia selama 2 tahun, boleh kongsikan tips kejayaan anda?
Petuanya mudah. Kalau anda tewas, jangan mudah mengalah. Bangkit dari
kekalahan tersebut dan terus berlatih, berlatih dan berlatih.
S: Selain itu, bagaimanakah caranya untuk meningkatkan tahap permainan?
Saya sarankan jangan hanya bermain dalam kelompok rakan-rakan anda.
Kalau anda mahu terus maju dan meningkat, anda berlu bersaing dengan
kelompok lain. Dari situ skill dan pengalaman anda akan meningkat.
S: Bertahun-tahun anda sudah berkecimpung dalam sukan
dart ini. Sampai bila agaknya mahu teruskan dengan karier ini? Ada
perancangan untuk bersara?
Tidak. Dart adalah kehidupan saya. Jika saya sudah tidak bermain dart
lagi, itu maknanya saya sudah tiada lagi didunia ini. Saya seorang
pemain profesional. Dart telah membawa saya terbang ke seluruh dunia.
Tidak terlintas langsung perasaan mahu bersara dan saya akan teruskan
kerjaya saya ini sampai bila-bila.
#Sumber-Syamil Sohim@Dunia Sukan
No comments:
Post a Comment