Sila Hubungi 019-2070 466 Jika Tuan/ Puan Memerlukan Perkhidmatan :- Sewaan DartBoard Stand | Khidmat Chalker @ Umpire | Pengelola Pertandingan | Perundingan Kejurulatihan | Pengiklanan Secara Atas Talian. Kami Sedia Membantu !!!

28 August 2014

MALAYSIAN OPEN vs DART MAKSAK

Kepada peserta-peserta pertandingan, bertarunglah sampai ke titisan terakhir. #JomMainDart

DART MATO-MATO


501 CERITERA DARTERS

Sekeping gambar mampu meringkaskan sebuah cerita yang panjang berjela-jela. Dengan sekeping gambar juga pelbagai tafsiran berbeza-beza boleh tercipta mengikut pandangan dan tafsiran setiap individu. Begitulah istimewa dan uniknya sebuah gambar. Satu detik yang terakam tanpa catatan dan suara tapi mampu bercerita. #KitKatFamili

PDC - PHILIPPINE QUALIFIER


27 August 2014

DART TERCALON DI ANTARA 5 PERMAINAN INDOOR PILIHAN DALAM PEJABAT


5 Permainan Indoor Pilihan Dalam Pejabat :-
Artikel Permainan – Meningkatkan Produktiviti Syarikat menceritakan, melakukan aktiviti riadah di pejabat dapat meningkatkan produktiviti syarikat.
Dottie Ward-Wimmer, seorang pakar permainan terapi dari William Wendt Center for Loss and Healing, Washington menyatakan, “pemilik-pemilik perniagaan mendapati, permainan dapat memberikan kesegaran, memupuk semangat dan mengurangkan tekanan. Dalam syarikat besar seluruh Amerika, gim sentiasa tersedia kerana memahami tekanan akan hilang menerusi aktiviti fizikal.”

#No.5 – Permainan konsul
Hanya memerlukan sofa atau bean bag dan televisyen. Boleh ditempatkan di bilik khas atau tempat rehat pekerja. Headphones perlu dipakai untuk mengelak kebisingan, jika permainan konsul diletakkan di tempat terbuka. Permainan konsul yang  masih popular dimainkan adalah Guitar Hero daripada Activision.

#No.4 – Permainan Dart
 
Satu lagi permainan yang boleh dimainkan di pejabat adalah permainan dart. Permainan yang mengajar kita fokus kepada sasaran. Cuma memerlukan dinding kosong untuk mengantung papan dart, dan ruang jarak 7 kaki untuk melontar buah dart. Untuk pengetahuan, idea dart  ini diinspirasikan daripada sukan memanah.

#No3 – Permainan papan
Permainan papan adalah permainan yang murah harganya berbanding permainan lain dalam pejabat. Perabot yang diperlukan hanyalah kerusi dan sebuah meja. Contoh, jenis permainan papan seperti catur, Monopoly, dan karom.

#No.2 – Pool
Permainan pool merupakan pilihan syarikat-syarikat besar untuk pekerja beriadah. Ukuran normal meja pool dalam 4’2” X 8’4”. Oleh itu, kita memerlukan ruang yang luas dan lapang untuk bermain.Selain itu, bagi mengelak objek bola dan batang kayu terkena staf atau perabot, permasangan lampu gantung diperlukan.

#No.1 – Ping pong
Laman web table-tennis-tables.co.uk menyenaraikan faedah mempunyai meja pingpong di pejabat, berdasarkan pembelian yang memberangsangkan oleh pihak majikan terhadap pekerja mereka.
  • Memberi peluang kepada pekerja untuk bersosial dan membantu moral mereka.
  • Membuatkan pekerja berada di dalam pejabat ketika waktu rehat, dan mudah meminta pertolongan ketika diperlukan pada masa tersebut.
  • Permainan ini lebih selamat dan menyihatkan berbanding sukan lain.
  • Permainan ping pong hanya memerlukan skil yang rendah, menyebabkan semua orang boleh bermain.
  • Bagus untuk pekerja menjadi aktif tanpa masalah peluh berlebihan, yang menyebabkan mereka perlu mandi atau bertukar baju.
  • Memerlukan empat orang permain atau perseorangan, bermaksud semua boleh beriadah pada masa yang sama.
  • Bagi syarikat atau ofis yang mempunyai ruang pejabat yang terhad, meja pingpong boleh dijadikan sebagai meja mesyuara
#MajalahNiagaCom

 

MODC14 TEAM LIST VERSION 2.0



MODC14 SERVICE INFORMATION


EROS DARTS CAFE DOUBLE DARTS TOURNAMENT


ROAD TO MACAO 2014 SINGLE CHALLENGE


RESULTS OF FREEDOM CUP

Banyaknya kategori...memang terbaik jika Persatuan Dart Malaysia pun boleh anjurkan pertandingan seperti apa yang di buat oleh Gujarat Darts Assocation ini. #Beliabangkit!!!

26 August 2014

KBL DARTERS vs COMPRESSOR DARTERS

Kelihatan legend darters nusantara jajahan Kg. Baru Lanjut Sifu Apak masih gagah perkasa dan sihat walafiat bergambar bersama kawan-kawan yang mempunyai minat sealiran. Tua atau muda, kecil atau besar tak kira kulit hitam atau putih, yang penting dengan dart kita dapat mengeratkan silaturrahim. #DartUntukSemua

TEAM UNICORN 80-AN

Agak klasik gambar ini.

CERITERA SEDA RIMAULANG



25 August 2014

IMBASAN DART MAKSWIP 2014

Braket pusingan kedua kalah mati Dart MAKSWIP 2014 yang berlansung pada hari kedua pertandingan bertempat di Kelab Sukan DBKL , Brickfield Kuala Lumpur.

Johan Dart MAKSWIP 2014 menjadi milik MESCA / Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada pertarungan peringkat akhir, juara bertahan DBKL tumpas 2 - 3 kepada MESCA yang kini menjadi juara baru bagi tahun 2014. Tahniah untuk tuan pengurus Abang Man dan geng-geng CDT.

Pasukan dart CIDB, Tahniah jugak !!!

Tahniah untuk pasukan dart JUPEM terutama kepada Sifu Zarul Laleq...Sifu memang hebat : )

Dart Makwsip 2014 kategori perseorangan wanita, Tahniah kepada Siti Hajar atas kejayaan beliau meraih tempat kedua.

ROAD TO MACAU - ALIF KLBOY

Tahniah Alif !!!



KEPUTUSAN SEDA SINGLES SERIES -SERIE 5

SEDA Singles Series - Serie 5 berlansung pada 24 Ogos 2014 bertempat di Lucky 9 Bistro, Kelana Jaya Selangor

Finalist siri 5 - Anandan & S. Raj


Champion - Anandan , Runners Up - S.Raj , Semifinalist - Shidy Rbp & S.Muru , Top8 - Jack Mani , Yogaraajaa Seemaraja , Shahir Aizat & Saegaran Tsunami Kana.

IMBASAN 2ND SHANGHAI DARTS SINGAPORE

Berlansung pada 23 Ogos 2014 bertempat di Forest 2 Darts Cafe, Singapore

Pasukan TIGA diwakili oleh Amin Abd Ghani, Basyar & Harith Lim berjaya menjadi juara kejohanan tersebut.

IMBASAN MERDEKA DARTS TOURNAMENT 2014

Kejohanan berlansung pada 22 - 24 Ogos 2014 bertempat di Hill Shopping Mall.

Pasukan Maluri 5201 berjaya sampai ke peringkat separuh akhir dan juara kejohanan di menangi oleh pasukan Brunei Amazing KBT .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...